BUKIT JALIL 10 JUN 2021 – Kerajaan akan melaksanakan jerayawara (outreach) kepada penduduk Orang Asli dan penduduk di kawasan pedalaman untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, memandangkan akses ke kawasan pedalaman yang sukar dan kemungkinan kesukaran penduduk pedalaman keluar mendapatkan suntikan kedua, mereka akan dipertimbangkan untuk diberikan vaksin yang hanya memerlukan satu dos sahaja.
“Pada masa kini, terdapat vaksin yang masih menunggu kelulusan NPRA sebelum dimasukkan sebagai stok vaksin. Sehingga kini Kerajaan telah menggunakan vaksin jenis Pfizer, Sinovac, dan AstaZaneca”, ujar beliau.
Terdahulu Amzad meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata, Bukit Jalil sebagai lawatan pemantauan ke Pusat Pemberian Vaksin Mega.
Beliau berpuas hati berhubung perjalanan PPV Axiata yang telah berfungsi selama 4 hari serta turut meninjau perjalanan dan operasi di PPV tersebut.
“Purata suntikan di PPV ini adalah sebanyak 1,800 orang setiap hari. Hasrat kerajaan untuk mempercepatkan usaha suntikan vaksin ini dan kapasiti PPV ini mampu menampung sehingga 4,000 orang ini serta akan ditingkat di masa hadapan”, ujar beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah program kerajaan dan semua aset kerajaan seperti Polis, Bomba dan sebagainya dimobalisasikan untuk menjayakan program ini serta memuji usaha sukarelawan dan NGO yang turut membantu di PPV seluruh negara.
Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk menyuntik seramai 150,000 orang dalam bulan Jun dan sasaran itu telah berjaya dicapai semalam apabila kerajaan telah berjaya menyuntik lebih 151,000 orang di seluruh negara.
- VinFast officially launches in the Philippine market
- Haier Cup Seeks the Next Badminton Champion
- Molex Combines High-Speed Data, Signal and Power in MX-DaSH Data-Signal Hybrid Connector Portfolio to Optimize Next-Gen Automotive Architectures
- Dr Koh Hong Yi from TSN Dermatology Skin Specialist Clinic Joins the Largest Eczema Gathering in Singapore
- Jumbo Gold and Diamonds Announces Strategic Shift to Retail
Leave a comment