Ekonomi @ My LNA

INSKEN Sasar Bantu Lebih Ramai Usahawan, Pantau Pencapaian Yang Dicapai – Dr. Wan Junaidi

101

PUTRAJAYA 10 JUN 2021 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yakin dapat menghasilkan lebih ramai usahawan yang berjaya melalui pelbagai program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Menterinya, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program anjuran INSKEN yang bersifat handholding amat bersesuaian untuk usahawan termasuk yang baru menceburi bidang keusahawanan.

“Prestasi peserta yang menyertai program latihan dan bimbingan INSKEN sentiasa dipantau bagi memastikan usahawan berada di landasan yang betul” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pencapaian cemerlang usahawan yang menghadiri program latihan dan bimbingan INSKEN masih dapat dikekalkan dengan purata peningkatan jualan minima sebanyak 20%.

Tambah beliau, tedapat usahawan bimbingan INSKEN yang berjaya merekodkan peningkatan jualan melebihi 200% setelah menyertai program anjuran INSKEN.

“INSKEN turut melaksanakan pemantauan ini melalui salah satu aplikasi yang dikenali sebagai iPro untuk memastikan prestasi usahawan tidak tersasar dan dapat diberikan bantuan dengan segera jika berkeperluan demi pencapaian cemerlang usahawan”.

“Selain itu, INSKEN turut mensasarkan untuk mempersiapkan usahawan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang bersesuaian untuk menghadapi situasi pasca Covid-19” katanya.

Satu Sesi Interaksi Usahawan Bersama YB Menteri MEDAC selama 2 jam telah diadakan pada hari ini secara atas talian yang dihadiri lebih 200 usahawan daripada pelbagai industri.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...