Wartawan : Cyrill dan Azuddin
BUKIT JALIL 8 Jun 2021 – Sebanyak 150 buah kerusi roda disediakan bagi kemudahan orang ramai terutamanya bagi golongan warga emas dan OKU di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pengurus PPV Axiata Arena, Dr. Mohd Fadhli Mohd Fauzi berkata ketia ini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 sedang dijalankan maka pihak mereka menerima kedatangan ramai golongan warga emas dan mereka memang dijangka akan menggunakan kerusi roda.
“Jadi jika dilihat di dalam PPV Axiata Arena ini ada satu laluan khas bagi pengguna kerusi roda yang sangat luas dan efficient termasuklah kaunter-kaunter khas untuk mereka bagi membantu selesaikan proses vaksinasi bagi mereka dalam tempoh satu jam.
Kerusi roda yang disediakan ini berjumlah lebih kurang 150 buah yang disumbangkan oleh pelbagai pihak, yang kita dapat secara Corporate Social Responsibility (CSR). Kita alu-alukan sekiranya ada lagi sumbangan.” kata Dr. Mohd Fadhli ketika ditemubual semalam.
Beliau turut berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia agar segera mendaftar dalam PICK supaya dapat mencapai objektif imuniti berkelompok lalu dapat bebas dari ancaman COVID-19.
- Brando Bal drops New Heartbreaking Single ‘Pangalawang Ulan’
- Jual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’, kedai serbaneka diambil tindakan oleh KPDN
- Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
- Entrust Network Awarded ISO 27001 and Data Protection Trustmark Certifications
- SOPA Announces 2024 Journalism Awards Finalists
Leave a comment