Wartawan : Cyrill & Azuddin
3 Jun 2021 – Salah seorang perima Dana Kandungan Digital (Muzik) , Atilia Haron berkata bahawa jumlah dana yang diberikan melalui Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) adalah mencukupi.
Kata Atilia dana keseluruhan sebanyak RM6 juta tersebut adalah lebih dari cukup bagi membantu penggiat seni tanah air sepertinya.
“Saya rasa lebih dari cukup. kita pun gunakan apa yang ada di rumah dan secara online buat persembahan “Hiburan Dari Rumah”, jadi kita tidak memerlukan modal yang banyak.
Cuma (gunakan) kreativiti kita dan kita dibayar sebegitu rupa.” katanya dalam satu rakaman video yang dihantar kepada pihak Life News Agency.
Mengulas mengenai kriteria pemilihan dan syarat-syarat yang digariskan oleh KKMM bagi memhon dana tersebut, Atilia berkata proses permohonan adalah sangat mudah.
“Sangat mudah. Hanya ambil masa untuk baca syarat-syarat seperti apa dokumen yang perlu dilampirkan, apakah borang yang perlu diisikan dan sediakan kertas cadangan yang diperlukan.” kata Atilia.
“Proposal (kertas cadangan) yang saya buat itu sangat ringkas dan senang difahami” tambahnya.
Pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa seramai 960 penggiat muzik tanah air menerima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 berjumlah RM6 juta daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Menurut Saifuddin, dana tersebut diperuntukkan bagi menghasilkan kandungan kreatif dalam program Hiburan Dari Rumah yang akan melibatkan penyertaan daripada artis rakaman lama dan baharu, penyanyi dan pemuzik kelab hiburan, penyanyi dan pemuzik busker, ahli kumpulan nasyid dan lain-lain dari seluruh negara, merangkumi pelbagai peringkat umur dan genre muzik. Tambah beliau, penerbitan kandungan kreatif Hiburan Dari Rumah yang dihasilkan perlu mempunyai unsur muzik dan berkonsepkan muzik dari rumah, bersesuaian dengan situasi pandemik pada ketika ini.
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment