Muzik & Hiburan @ My LNA

Jumlah diperuntukkan bagi Dana Kandungan Digital (Muzik) adalah mencukupi – Atilia

92

Wartawan : Cyrill & Azuddin

3 Jun 2021 – Salah seorang perima Dana Kandungan Digital (Muzik) , Atilia Haron berkata bahawa jumlah dana yang diberikan melalui Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) adalah mencukupi.

Kata Atilia dana keseluruhan sebanyak RM6 juta tersebut adalah lebih dari cukup bagi membantu penggiat seni tanah air sepertinya.

“Saya rasa lebih dari cukup. kita pun gunakan apa yang ada di rumah dan secara online buat persembahan “Hiburan Dari Rumah”, jadi kita tidak memerlukan modal yang banyak.

Cuma (gunakan) kreativiti kita dan kita dibayar sebegitu rupa.” katanya dalam satu rakaman video yang dihantar kepada pihak Life News Agency.

Mengulas mengenai kriteria pemilihan dan syarat-syarat yang digariskan oleh KKMM bagi memhon dana tersebut, Atilia berkata proses permohonan adalah sangat mudah.

“Sangat mudah. Hanya ambil masa untuk baca syarat-syarat seperti apa dokumen yang perlu dilampirkan, apakah borang yang perlu diisikan dan sediakan kertas cadangan yang diperlukan.” kata Atilia.

“Proposal (kertas cadangan) yang saya buat itu sangat ringkas dan senang difahami” tambahnya.

Pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa seramai 960 penggiat muzik tanah air menerima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 berjumlah RM6 juta daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Menurut Saifuddin, dana tersebut diperuntukkan bagi menghasilkan kandungan kreatif dalam program Hiburan Dari Rumah yang akan melibatkan penyertaan daripada artis rakaman lama dan baharu, penyanyi dan pemuzik kelab hiburan, penyanyi dan pemuzik busker, ahli kumpulan nasyid dan lain-lain dari seluruh negara, merangkumi pelbagai peringkat umur dan genre muzik. Tambah beliau, penerbitan kandungan kreatif Hiburan Dari Rumah yang dihasilkan perlu mempunyai unsur muzik dan berkonsepkan muzik dari rumah, bersesuaian dengan situasi pandemik pada ketika ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Inteam Digital Meriahkan Ramadan dan Syawal dengan Penerbitan Album Quran, Nasyid dan Zikir

Sebagai salah satu label Islamik terbesar di Malaysia, Inteam Digital pastinya tidak...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kredibiliti, Integriti & Semangat Juang Ziana Zain Pikat CSA Academy Lantik Sebagai Duta Rasmi

Meyakini kredibiliti dan integriti seorang Ziana Zain yang sudah mencetak sejarah dalam...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Kisah Asma’ Sentuh Hati Mateen

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAMuzik & Hiburan @ My LNA

Bunkface mendedahkan Single Terbaru Mereka “Hilang”

Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi...