AM

PM ucap terima kasih kepada penjawat awam

127
Old grey eco drawing paper kraft background texture in soft white light color concept for page wallpaper design, gray rice matte pattern for decorative wall.

2 Jun 2021 – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengucapkan rasa terima kasih kepada penjawat awam yang akan turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi COVID-19 melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali semalam.

Menurut Muhyiddin menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28 ini akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana COVID-19.

“Ini membuktikan kebersamaan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bersama Kerajaan memerangi pandemik COVID-19. Solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik COVID-19.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik COVID-19 ini. Saya doakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan anda dalam perjuangan kita memerangi COVID-19 ini akan terus diberkati Allah SWT.

Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah.” katanya.

Di dalam satu kenyataan semalam, Mohd Zuki memaklumkan bahawa sumbangan dari penjawat awam tersebut adalah sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mendepani pandemik COVID-19 dan sumbangan lebih 800,000 penjawat awam (tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28) tersebut adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

“Kita memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang Kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan. Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha Kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19 di Negara kita.

Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita.” kata Mohd Zuki.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...