30 Mei 2021 – Pakatan Harapan (PH) melalui Jawatankuasa Pendidikannya meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menerangkan apakah perancangan yang akan dijalankan selepas tamatnya sekatan pergerakan (Lockdown) yang akan dilaksanakan mulai 1 Jun 2021.
“Bilakah Kementerian Pendidikan akan mengumumkan rancangan seterusnya bagi sesi persekolahan yang akan datang? Adakah murid-murid akan kembali ke sekolah ataupun akan mengikuti kaedah PdPR? Atau apakah pelannya jika sekatan perjalanan dilanjutkan atau ditamatkan? Kita tidak mahu keputusan di saat terakhir seperti kelazimannya.
Jika kembali ke sekolah, adakah SOP pengurusan Covid-19 di sekolah telahpun dikemaskini? Sebelum ini, telah banyak aduan dibangkitkan tentang SOP yang tidak berkesan serta membimbangkan ibu bapa dan warga sekolah. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan, setakat 18 Mei 2021, seramai 64,046 kanak-kanak telah dijangkiti Covid-19. Daripada jumlah ini, 23,739 orang merupakan murid-murid di bawah usia 12 tahun. Warga sekolah, terutamanya para guru juga belum diberikan vaksin walaupun telah digesa berkali-kali oleh Jawatankuasa ini.” kata PH dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Justeru PH mendesak KPM suapaya :
1) Menyatakan pelan persekolahan pasca sekatan pergerakan (lockdown) secara telus agar para guru, ibu bapa dan murid-murid dapat membuat persiapan awal semenjak dalam cuti persekolahan lagi.
2) Menyegerakan vaksin kepada semua para guru dan bukan hanya terhad kepada guru yang berusia dan berisiko sahaja seperti yang telah digesa berkali-kali oleh Jawatankuasa ini.
3) Memberikan insentif ‘one-off’ kepada para guru yang telah dan akan menggunakan wang mereka sendiri sepanjang PKP untuk membeli data dan membuat persiapan bantuan mengajar dalam talian.
4) Menyegerakan pemberian kesemua 150,000 komputer riba yang telah dijanjikan kepada murid-murid dari keluarga B40.
“Perlu diingat kegagalan kerajaan persekutuan terutamanya Menteri Pendidikan dan kedua-dua timbalannya di dalam memberikan respons yang pro-aktif seperti yang diperlukan oleh rakyat akan memberi kesan buruk yang mendalam kepada lebih 5 juta orang pelajar generasi ini bukan sahaja untuk masa kini tetapi pada dekad-dekad yang akan datang.” ujar PH.
- MET Targeting Therapies Market Set for Significant Growth by 2034: Key Trends and Insights | DelveInsight
- Grow With Us Learning Academy Collects Donations for Local Food Drives Across Florida
- AGR Technology Celebrates Four Years of Digital Innovation and Comprehensive Solutions in Australia
- The UK Fast Growth Index Reveals The 200 Fastest Growing Firms in the UK
- ORO Launches as First App Built on Fasset’s L2 Network, Unlocking $1B of Tokenized Gold On-Chain
Leave a comment