Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Dana MySI 2021 Dilancarkan, RM 48 Juta Telah Disalurkan Sejak 2015 – Ahmad Amzad

93

31 Mei 2021 – Dana Malaysia Social Innovation (MySI) 2021 menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dibuka bermula 31 Mei sehingga 30 Jun 2021 bagi Fasa Pertama dan pada bulan Ogos bagi Fasa Kedua bagi semua agensi kerajaan, institusi pengajian awam dan swasta, industri dan badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata dana dan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 dan kumpulan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sejak tahun 2015 sehingga 2020, dana sebanyak RM48 juta telah disalurkan kepada 234 projek aplikasi teknologi tempatan berinovatif di seluruh Malaysia yang memanfaatkan lebih dari 100,000 orang”

“Mereka telah dibantu secara langsung dan tidak langsung dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta memulihara alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bidang keutamaan bagi pelaksanaan projek MySI adalah merujuk kepada Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) termasuklah tenaga; perniagaan dan perkhidmatan kewangan; kebudayaan; kesihatan; teknologi pintar; bandar pintar dan pengangkutan; air dan makanan; pertanian dan perhutanan; pendidikan; serta alam sekitar.

Tambah beliau, MySI 2021 turut menawarkan peruntukan dana keseluruhan sebanyak RM6.5 juta di mana RM6 juta adalah bagi projek baharu di bawah Program MySI dan RM500 ribu bagi projek di bawah Program Alumni MySI.

“Ini juga sebagai usaha melonjak ekonomi negara dari negara pengguna teknologi kepada pengeluar teknologi (technology users to technology providers) serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya,

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian menerusi sistem Innomap MySI melalui pautan https://mysi.innomap.my. Maklumat lanjut berkaitan dengan Program MySI 2021 juga boleh diperolehi menerusi pautan yang sama.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...