Kenyataan Media

PICK: Kerajaan Sasar 150 000 Suntikan Vaksin Sehari Bermula Bulan Jun

59

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima sebanyak 444,600 dos lagi vaksin Pfizer-BioNTech dan 668,520 dos vaksin Sinovac yang dibotolkan dengan kelulusan Lot Release pada minggu ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kerajaan turut komited untuk mencapai sasaran 150,000 dos suntikan vaksin COVID-19 sehari pada hujung Jun ini.

“Sehingga kini kadar vaksinasi di seluruh negara sudah mencecah 100,000 dos sehari dan kita akan berusaha mencapai kadar suntikan 150,000 sehari menjelang akhir bulan Jun ini atau lebih awal lagi” katanya dalam sidang media mingguan PICK hari ini.

Dalam sidang media yang sama beliau turut memberi kebebasan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh negeri untuk mengatasi masalah isu ketidakhadiran ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Antara kaedah yang boleh dilaksanakan ialah menggerakkan unit bergerak vaksin dari rumah ke rumah bagi memberi suntikan kepada penerima yang mempunyai kesulitan untuk hadir ke PPV”.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan terus menghubungi individu yang gagal hadir ke PPV dan menggalakkan mereka untuk hadir ke slot janji temu vaksin.

“Sekiranya individu tidak dapat memenuhi janji temu, mereka perlu memaklumkan lebih awal melalui medium komunikasi yang tertera di MySejahtera” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...