26 Mei 2021 – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memandang serius masalah gangguan teknikal yang berlaku dan menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman sesawang CITF bagi membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela pusingan kedua.
Dalam satu kenyataan media semalam, pihak CITF menyatakan bahawa slot janji temu vaksin telah habis ditempah sepenuhnya dalam masa lebih kurang satu jam selepas tempah dibuka bagi penduduk Malaysia yang berusia 60 tahun ke bawah di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
“Sebanyak 1,261,000 dos telah ditawarkan, di mana 275,208 dos telah ditempah oleh warga emas sewaktu inisiatif ini mula dibuka daripada 23 Mei sehingga hari ini”.
“Sementara itu, seramai 29,183 orang dalam senarai menunggu vaksin Astrazeneca sebelum ini telah dimasukkan ke dalam senarai giliran kali ini. Untuk rekod, sebanyak 956,609 tempahan bagi penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah dipenuhi hari ini” katanya.
CITF turut mengulangi bahawa mereka yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah PICK terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang.
Tambahnya, pihak CITF memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan sentiasa terbuka untuk sebarang maklum balas serta teguran daripada semua pihak.
“CITF ingin mengucapkan terima kasih di atas sambutan baik orang ramai yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan” katanya.
- AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah
- Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan
- Moomoo Wins “Digital CX Awards 2024” by The Digital Banker
- Nano-Care Deutschland AG launches next generation of sustainable PFAS-free oleophobic coatings
- Winner of Hong Kong’s Flagship Global Elevator Pitch Competition Crowned
Leave a comment