AM

Perkhidmatan Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta-Merta

169

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menamatkan khidmat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta-merta.

Satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin berhubung penamatan khidmat beliau di syarikat milik Kementerian Kewangan (MoF) tular di laman sosial telah disahkan oleh Jurucakap Media MoF.

Menerusi surat berkenaan, Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersetuju menamatkan khidmat Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi pengerusi bukan eksekutif syarikat,” katanya menerusi surat yang ditandatangani pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 8.33 malam Isnin, sebuah tren tidak membawa penumpang bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa 213 orang penumpang.

Daripada jumlah itu, 64 orang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur membabitkan enam orang kritikal termasuk tiga lagi memerlukan bantuan ventilasi.

Tajuddin sebelum ini dikecam pelbagai pihak kerana didakwa tidak sensitif berhubung tragedi kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dalam sidang media beliau baru-baru ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...