AM

Banjir di Sabah : Jumlah mangsa banjir di PPS terus catatkan penurunan

78

KOTA KINABALU 27 Mei – jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus
mencatatkan penurunan kepada 697 orang daripada 179 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 710 orang daripada 187 keluarga petang semalam.

Menurut laporan BERNAMA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan di Tenom hanya tiga PPS masih beroperasi yang menempatkan 95 orang daripada 24 keluarga manakala 602 orang daripada 155 keluarga berlindung di empat PPS di Beaufort.

“Beberapa kawasan ‘hotspot’ banjir di dua daerah itu semakin pulih. Banjir akibat hujan lebat berterusan itu telah menjejaskan 47 kampung di Tenom dan 75 kampung di Beaufort,” demikian menurut kenyataan itu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...