Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan melaksanakan Program Adaptasi Teknologi dan Digitalisasi bagi tahun 2021 kepada usahawan tempatan. Program ini menyediakan sokongan teknikal dan pementoran kepada usahawan dan koperasi untuk mengadaptasi teknologi automasi dan digitalisasi dalam perniagaan. Program ini dijangka dapat membantu pengembangan dan kelangsungan operasi perniagaan usahawan bersesuaian dengan persekitaran norma baharu pasca pandemik Covid-19.
Program yang ditawarkan ialah:
- i4.0 Accelerator Programme (ACE)
- Program ini menawarkan pembangunan solusi teknologi i4.0 kepada PKS untuk diadaptasi dalam perniagaan agar lebih cekap dan berdaya saing dalam operasi dan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran.
- Adoption of Digital Solutions (ADS)
- Program ini menawarkan pembangunan solusi digital kepada perusahaan mikro untuk meningkatkan tahap digitalisasi dalam perniagaan agar lebih berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
- Recovery Initiative for Social Enterprise (RISE)
- Program ini menawarkan pembangunan solusi digital kepada perusahaan sosial dan koperasi untuk meningkatkan tahap digitalisasi dalam perniagaan agar lebih berdaya saing di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
- i4.0 Technopreneurship Accelerator Program (i-TAP)
- Program ini menawarkan latihan keusahawanan secara berstruktur kepada belia yang berminat menjadi usahawan pembekal solusi teknologi industri 4.0.
Penyertaan telah dibuka secara dalam talian. Sila layari www.mytap.com.my untuk maklumat lanjut.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment