Home AM MANTAPKAN PERNIAGAAN MELALUI ADAPTASI TEKNOLOGI DAN DIGITALISASI
AMniaga

MANTAPKAN PERNIAGAAN MELALUI ADAPTASI TEKNOLOGI DAN DIGITALISASI

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan melaksanakan Program Adaptasi Teknologi dan Digitalisasi bagi tahun 2021 kepada usahawan tempatan. Program ini menyediakan sokongan teknikal dan pementoran kepada usahawan dan koperasi untuk mengadaptasi teknologi automasi dan digitalisasi dalam perniagaan. Program ini dijangka dapat membantu pengembangan dan kelangsungan operasi perniagaan usahawan bersesuaian dengan persekitaran norma baharu pasca pandemik Covid-19.

Program yang ditawarkan ialah:

  1. i4.0 Accelerator Programme (ACE)
  • Program ini menawarkan pembangunan solusi teknologi i4.0 kepada PKS untuk diadaptasi dalam perniagaan agar lebih cekap dan berdaya saing dalam operasi dan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran.
  1. Adoption of Digital Solutions (ADS)
  • Program ini menawarkan pembangunan solusi digital kepada perusahaan mikro untuk meningkatkan tahap digitalisasi dalam perniagaan agar lebih berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  1. Recovery Initiative for Social Enterprise (RISE)
  • Program ini menawarkan pembangunan solusi digital kepada perusahaan sosial dan koperasi untuk meningkatkan tahap digitalisasi dalam perniagaan agar lebih berdaya saing di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
  1. i4.0 Technopreneurship Accelerator Program (i-TAP)
  • Program ini menawarkan latihan keusahawanan secara berstruktur kepada belia yang berminat menjadi usahawan pembekal solusi teknologi industri 4.0.

Penyertaan telah dibuka secara dalam talian. Sila layari www.mytap.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...