AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Syarikat Telekomunikasi sediakan panggilan percuma mulai jam 10 malam ini hingga 10 pagi esok

89
Eid Mubarak aidilfitri celebration moment, senior citizen wearing traditional cloth at the sofa. Looking at the smartphone

12 Mei 2021 – Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan yang prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia yang terpaksa berhari raya dalam suasana norma baharu tahun ini dan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bersepakat untuk menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai pukul 10.00 malam pada 12 Mei 2021 (Rabu) hingga pukul 10.00 pagi pada 13 Mei 2021 (Khamis) iaitu hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini dapat dinikmati semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi berikut iaitu Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME, dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YES.

“Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini.

Saya berharap kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia untuk terus saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga tersayang serta rakan taulan, walaupun aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjungi tidak dibenarkan di bawah PKP yang berkuat kuasa mulai 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Saifuddin turut berterima kasih kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan COVID-19.

“Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaikan dengan pengorbanan dan usaha semua pihak. InsyaAllah kita semua akan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup, untuk masa depan yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...