AM

Laporan polis RUM : MOT serahkan kepada polis jalankan siasatan

83

7 Mei 2021 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengambil maklum mengenai laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh Setiausaha Agong Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Encik R.Subramaniam dan oleh Pengerusi RUM Cawangan Pelabuhan Klang serta oleh Setiausaha RUM Cawangan Pelabuhan Klang, dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Menurut MOT di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, pihaknya menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta akan menunggu hasil siasatan tersebut.

“MOT sekali lagi ingin menegaskan bahawa masih lagi berpegang kepada kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan melalui ”Kenyataan Media MOT bertarikh 7 April 2021: Fakta Sebenar Tepis Blog SABAHKINI2” dan ”Kenyataan Media MOT bertarikh 8 April 2021: Jawapan Kepada Tuduhan Tidak Berasas Berkaitan Tren DMU” yang telah disiarkan melalui Facebook rasmi MOT” kata MOT.

Pautan-pautan yang dimaksudkan oleh MOT adalah :

https://facebook.com/178566888854999/posts/4308477715863875/?d=n ; dan
https://www.facebook.com/178566888854999/posts/4311720018872978/

Baru-baru ini, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB telah membuat laporan polis terhadap Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan yang didakwa telah memfitnah Abdul Razak Md Hassan Presiden Kesatuan Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB dan organisasi Kesatuan Pekerja – Pekerja KTMB melalui facebook Ministry of Transport, serta media elektronik dan media cetak.

Laporan polis telah dibuat oleh R.Subramaniam di Balai Polis Jalan Travers dan ia termasuk dakwaan wujudnya salah laku.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...