Home MY LNA AM Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE): Senarai lokasi dan premis berisiko
AMCOVID-19

Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE): Senarai lokasi dan premis berisiko

Coronavirus - Structure With Complete Surface Protein Representations In blue Background - 3d Rendering

8 Mei 2021 – Senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenalpasti oleh sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19 telah dikeluarkan pada hari ini di mana ia bertujuan untuk membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis agar dapat menghindari risiko jangkitan COVID-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata bahawa ia juga boleh dijadikan panduan kepada pemilik atau pengusaha premis untuk mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melindungi premis masing-masing daripada menjadi pusat penularan jangkitan COVID-19.

“Analisis HIDE di bawah kendalian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat ramalan ke atas premis-premis yang berpotensi menjadi lokasi titik panas penularan COVID-19 dalam tempoh tujuh (7) hari berdasarkan pemantauan yang dilakukan.

Penyenaraian lokasi serta premis ini amat penting dan wajar dilakukan memandangkan bilangan kes-kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari berada pada tahap yang sangat membimbangkan.” kata Khairy di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah Khairy, dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif COVID-19 telah dicatatkan manakala kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi (ICU) telah meningkat sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelum ini.

“Penyenaraian lokasi dan premis ini membolehkan intervensi awalan (preemptive) dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu.

Antara intervensi awal yang dilakukan adalah menghantar notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera; kawalan pergerakan pengunjung/pelawat dengan lebih ketat; menghalang kemasukan pengunjung/pelawat dengan status berisiko tinggi seperti yang terpapar di aplikasi MySejahtera; mewujudkan sistem gelembung tempat kerja dan susunan bekerja dari rumah; serta melakukan ujian saringan secara massa ke atas pekerja.” jelas Khairy.

Pada 4 Mei lepas, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenalpasti oleh sistem amaran awal HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19. Dengan pengkongsian ini,orang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang disenaraikan. Sekiranya masih perlu mengunjungi lokasi atau premis tersebut, patuhi garis panduan yang telah ditetapkan serta sentiasa mengamalkan budaya normal baharu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...