28 April 2021 – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa beliau telah mengarahkan sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi COVID-19.
Menurut Khairy menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, terdapat beberapa buah negeri yang beranggapan mereka boleh mula memberikan vaksinasi kepada kumpulan penerima lain apabila selesai menjalankan vaksinasi kepada penerima Fasa 1.
“Bagi kes di Pahang, CITF Negeri telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja di sektor pelancongan melibatkan 56 buah hotel di Kuantan, Genting Highlands, Cameron Highlands, Jerantut, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.
Keputusan pemberian ini dibuat apabila negeri Pahang telah selesai memberikan vaksinasi dos pertama (sementara menunggu selang masa bagi dos kedua) kepada kesemua penerima yang tersenarai dalam kumpulan keutamaan Fasa 1.” kata beliau.
Tambah Khairy, pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan CITF Negeri ini selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut.
“Susulan daripada kejadian ini, saya telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri Pahang pada 12 April 2021 bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia JKJAV. Sehingga mana-mana kumpulan disenaraikan, keputusan senarai keutamaan terdahulu adalah terpakai.” jelas Khairy.
- phData is proud to announce that it has been awarded the prestigious “Best Place to Work” certification for 2024
- Nearly 1,500 Nominations for the Fourth Season of the VinFuture Prize
- Denture labelling as personal identification
- Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama
- Arla Foods Ingredients targets ‘holistic hydration’ at Vitafoods Europe
Leave a comment