PUTRAJAYA 28 April 2021 – Anggota penguatkuasa disarankan agar dapat menggunakan ‘common sense’ atau budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun yang sesuai dengan melihat faktor-faktor penyebab dan situasi semasa yang menyebabkan berlakunya pelanggaran SOP jelas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Jelasnya sebagai Timbalan Menteri, beliau turut terpanggil untuk mengulas kes peniaga burger dan juga penjual ‘colek’ di Kelantan yang di kompaun sebanyak RM50,000 berikutan daripada pelanggaran SOP ketika menyiapkan tempahan pelanggan jam melebihi jam 11.00 malam.
“Saya yakin pihak penguatkuasa atau anggota polis yang mengeluarkan saman tersebut telah menjalankan tugas yang diarahkan dan diamanahkan kepada mereka namun perlu juga untuk mereka memahami pelaksanaan undang-undang yang hendak dikuatkuasakan dan impak negatif yang akan berlaku bagi setiap tindakan yang diambil” jelasnya.
“Dalam kes ini, anggota penguatkuasa telah terkhilaf dalam mengeluarkan kompaun kesalahan syarikat yang melanggar SOP sebanyak RM50 ribu berbanding kesalahan individu dengan kompaun maksima RM10 ribu”.
“Jika diberi pengurangan kompaun sekalipun peniaga ini tidak dapat melunaskan jumlah tersebut apatah lagi jika kompaun maksima RM10 ribu dikenakan ke atasnya” katanya dalam satu kenyataan media.
MEDAC yang diterajui oleh Menterinya, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengharapkan pemahaman dan sokongan daripada semua pihak dalam usaha membantu peniaga kecil yang ingin memulakan semula perniagaan mereka selepas terjejas hampir dua tahun disebabkan penularan COVID-19.
- Prince Holding Group and CanCham Explore Synergies for Future Partnerships in Cambodia
- Skyborn Renewables appoints Stine Würtz Jepsen as CHRO
- Get Ready for the Summer’s Hottest Sale With iShopChangi
- Alibaba Cloud Debuts Its Sustainability Solution at i Light Singapore 2023
- Happy Rainy Days Announces Launch of the Perfectly Functional Umbrella
Leave a comment