25 April 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mensasarkan pendaftaran Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seramai 250,000 orang di seluruh negara sebagai penerima vaksin COVID-19.
Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata kempen pendaftaran vaksin kepada komuniti KRTsepanjang tempoh bulan Ramadhan ini akan diperluaskan bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 oleh rakyat Malaysia.
KPN turut bekerjasama dengan Badan Pengurusan Agama Selain Islam dalam usaha meningkatkan kesedaran kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 dan menggalakkan mereka untuk membuka kaunter pendaftaran di kawasan rumah ibadat masing-masing bagi memudahkan proses tersebut.
“KRT dan Badan Pengurusan Rumah Ibadat Selain Islam adalah jentera yang dapat membantu Kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai pengambilan vaksin COVD-19 kepada komuniti dan penganut di peringkat akar umbi” jelas beliau.
Menurutnya lagi, penyebaran maklumat yang sahih dan tepat mengenai program vaksin COVID-19 ini akan dapat membantu menambah keyakinan dan seterusnya menaikkan jumlah pendaftaran yang disasarkan bagi mencapai imuniti kelompok bagi rakyat Malaysia.
“Semua rakyat boleh membuat pendaftaran program imunisasi bagi mendapatkan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau laman web www.vaksincovid.gov.my dalam usaha memutuskan penularan jangkitan COVID-19″ katanya dalam satu kenyataan media.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment