KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2021 – Nikmati perayaan budaya, tradisi dan sajian warisan turun-temurun sempena Hari Raya Aidilfitri di Pavilion REIT Malls. Serlahkan suasana dengan hiasan yang mengagumkan, pelbagai juadah tradisional dan sudah pastinya membeli-belah sempena musim perayaan! Alami suasana perayaan dengan sambutan ‘Riang Riuh Raya’ di Pavilion Kuala Lumpur, selami keindahan wau tradisional Malaysia di Intermark Mall dengan ‘Wau Raya’ dan raikan AidilFitri bersama-sama di ‘Muhibbah Mesra Raya’ Da Men USJ!
“Warga Malaysia mengunjungi pusat membeli-belah pada musim perayaan untuk menikmati hiasan yang indah, menyemarakkan suasana perayaan di samping memanjakan diri dengan menikmati pelbagai hidangan dan membeli-belah. Apabila Pavilion REIT Malls terus melaksanakan kempen perayaan untuk menggembirakan pengunjung, kami berharap agar perayaan Hari Raya kami juga akan mewujudkan penghargaan, optimisme dan positiviti dengan menyerlahkan warisan budaya kita yang kaya. Saya ucapkan kepada semua warga Muslim ‘Selamat Berpuasa’ dan ‘Selamat Hari Raya’ – semoga bulan mulia yang penuh kemaafan ini membawa ketenangan dan menyinari hidup anda dengan kebahagiaan”, kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion REIT Malls.
Destinasi membeli-belah utama di Malaysia, mempersembahkan ‘Riang Riuh Raya’, satu perayaan warisan, budaya dan tradisi Malaysia. Hiasan pusat membeli-belah ini diinspirasikan oleh motif bunga dan warna reka bentuk mosaik yang terang. Centre Court mempersembahkan sebuah taman perayaan yang meriah dengan pelbagai bunga yang menguntum dan lampu tradisional. Di bahagian atas, kain berwarna terang dan lampu berkerlipan menyemarakkan semangat dan warna melalui oda kepada kraf dan warisan Malaysia.
Pavilion KL dengan bangganya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ Kementerian dengan menyediakan ‘Malaysian Marketplace’ yang indah di Centre Court untuk para usahawan Malaysia menjual produk-produk mereka.
Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dengan rasminya melancarkan ‘Riang Riuh Raya’ dan ‘Malaysian Marketplace’ bersama dengan Datuk Abdul Wahab Khalil, Penasihat KLP Sdn Bhd. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad dan Dr. Alauddin bin Sidal, Ketua Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Semasa beliau berkunjung ke ‘Malaysian Markteplace’, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah dipersembahkan dengan pelbagai barangan yang ditawarkan – termasuk batik bergaya, sajian Raya yang enak, kraftangan yang indah dan produk buatan tempatan di gerai milik Arfa Batik, Masterpiece by Masrina Abdullah & Batek by Rasta, Zaahara, Asma Batik, Little Fanna, Borneo Essential, Jeiwa, Swag, Myziff, Yusa Food, Dalucia, dan Hana Medic.
Sebagai sebahagian daripada Riang Riuh Raya, nantikan kemunculan gerai timbul oleh Spritzer The Original Rainforest Water di Main Entrance. Mulai hari ini hingga 23 Mei, Spritzer akan mendidik pembeli mengenai pentingnya mengitar semula dan memelihara hutan hujan serta sumber air yang asli di Malaysia. Pembeli juga boleh menebus Spritzer Natural Mineral Water dan Acilis oleh Spritzer secara percuma, dan mengitar semula botol yang telah habis digunakan di mesin kitar semula mereka. Bagi memperingati ‘Earth Day’ pada 22 April, pembeli dapat melihat inisiatif kelestarian Spritzer di gerai mereka.
Dapatkan ganjaran semasa anda membeli-belah pada musim perayaan Hari Raya ini! Bagi perbelanjaan minimum RM150 atau RM100 menggunakan Kad Kredit atau Caj Maybank, pembeli akan menerima Paket Raya Eksklusif Pavilion KL secara percuma. Baucar RM20 diberikan secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM250; baucar RM50 boleh dimiliki dengan perbelanjaan minimum RM1,000; dan baucar RM300 akan diberikan kepada pembeli yang membelanjakan RM3,000 dalam satu resit di kedai barangan atau restoran. Oleh kerana Maybank adalah rakan perbankan rasmi Pavilion KL, pemegang kad akan menerima Solecasa Teapot secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM500 atau Kaserol Berpenutup Corningware (1.25L) secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM800 dalam satu resit di kedai barangan dan kedai makanan dan minuman.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment