AM

SUKE : Kerja-kerja pengalihan kren gantri dan rasuk telah selesai

75
Creative red news header background. Information and breaking concept. 3D Rendering

KUALA LUMPUR 19 April 2021 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. melalui kontraktor Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn. Bhd (SMPP) telah selesai melaksanakan kerja-kerja pengalihan kren gantri dan rasuk konkrit (beams) yang terlibat di dalam insiden kemalangan di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE) yang lalu. Kerja-kerja tersebut yang mengambil masa selama dua minggu telah selesai semalam.

Menurut PROLINTAS dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) turut memantau pelaksanaan kerja-kerja ini bagi memastikan ianya dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

“Setelah semua kerja-kerja tersebut selesai, jurutera perunding seliaan dan agensi berkaitan akan meneliti secara keseluruhan kondisi struktur yang terlibat bagi mengesahkan ianya selamat. Kesemua proses penilaian ini akan dilaksanakan secara terperinci dan telus.

Sebahagian laluan di Persiaran Alam Damai yang ditutup susulan insiden tempoh hari telah dibuka semula kepada penduduk Kondominium Puncak Banyan dan orang awam, sebaik mendapat pengesahan selamat dan kelulusan dari pihak jurutera perunding dan pihak berkuasa.

Dengan pembukaan semula Persiaran Alam Damai ini, ianya akan membantu penduduk terutamanya di Kondominium Puncak Banyan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.” jelas PROLINTAS.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklum balas atau pertanyaan berhubung pembinaan projek Lebuhraya SUKE, dinasihatkan untuk menghubungi saluran komunikasi SUKE seperti:

  1. Talian hotline : 1-300-88-9922
  2. Emel : feedback.suke@prolintas.com.my
  3. Twitter : @mySUKEofficial
  4. Facebook : PROLINTAS Highways

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...