AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Program Business In-Transformation (BIT) mampu capai sasaran lahirkan 100 orang jutawan setiap tahun – MEDAC

228

PUTRAJAYA 5 April 2021 – Program Business In-Transformation (BIT) telah menarik penyertaan seramai 130 orang peniaga-peniaga kecil sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013. Dari jumlah tersebut, lima (5) jenama iaitu MD Putu Bambu World, L Pizz, D’Apple, Otak-Otak JB dan House Of Mind Excellence (HOME) telah berjaya menerima lesen francais daripada pendaftar francais.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dalam satu kenyataan media hari ini, antara produk tempatan yang telah berjaya memperkukuhkan jenamanya melalui program BIT ini ialah MD Putu Bambu World. Kata MEDAC lagi jenama tersebut yang memulakan perniagaannya di pasar malam dengan permulaan modal sebanyak RM1,000.00, kini telah menjadi salah satu jenama francais tempatan yang terkenal serta memiliki 70 rantaian cawangan di seluruh Malaysia.

“Penganjuran BITe 2021 mampu menjadi platform terbaik untuk mempromosi program BIT kepada golongan sasar seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan baru khususnya Bumiputera di dalam bidang francais dan pra-francais.

Program BITe ini merupakan inisiatif MEDAC dan agensi di bawahnya, PNS bagi membantu para usahawan BIT mempromosikan pakej dan model perniagaan mereka dan membuka peluang kepada para peserta untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan francais mikro.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di majlis perasmian Expo Business In-Transformation (BITe) 2021 di Putrajaya.

Tambah beliau, MEDAC akan terus membantu peniaga-peniaga kecil untuk mentrasformasikan perniagaan mereka supaya dapat bersaing dengan jenama-jenama besar seterusnya dapat dikembangkan ke peringkat global.

“Saya percaya perniagaan francais merupakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai usahawan dari kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PNS akan meneruskan mandat yang diberikan untuk membantu usahawan bumiputera dalam perniagaan francais seterusnya memperbanyakkan lagi produk-produk francais tempatan.

Masyarakat mempunyai persepsi perniagaan francais memerlukan modal yang besar. Kini, masyarakat berpeluang menceburi perniagaan francais kerana terdapat pakej-pakej francais mampu milik. Contohnya seperti MD Putu Bambu World yang menawarkan pakej bermula RM7,000.00 sehingga RM70,000.00.” katanya lagi.

Menurut Dr. Wan Junaidi lagi, orang ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan perlu datang ke MEDAC untuk mendapatkan pelbagai bantuan pembiayaan dan khidmat konsultansi yang disediakan.

“Melalui agensi-agensi di bawahnya seperti PNS, TEKUN, SME Corp, SME Bank, Bank Rakyat, Institut Koperasi Malaysia dan Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN) menyediakan peluang yang diperlukan di dalam setiap industri.

Saya yakin ekosistem yang lengkap dan menyeluruh ini dapat membantu usahawan untuk terus membangunkan perniagaan mereka selari dengan hasrat kerajaan ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.” katanya.



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...