AMGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Program IB 2021 Beri Nafas Baharu Kepada Industri Seni Budaya Negara

117

PUTRAJAYA 31 Mac 2021 – Istana Budaya (IB) melancarkan Program Istana Budaya 2021 Norma Baharu memberi nafas baharu kepada penggiat seni dan budaya dalam menyokong dan memartabatkan industri tersebut yang selama ini terkesan akibat wabak COVID-19.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, penganjuran Program IB 2021 adalah bagi menyemarakkan semula industri seni persembahan disamping membantu menyemarakkan lagi aktiviti kesenian di Kuala Lumpur sebagai hab budaya pelancongan negara.

Sebanyak 24 persembahan telah dipilih sepanjang Program program Istana Budaya 2021 antaranya ‘Teater Bangsawan Raja Bersiong’, ‘Festival Gamelan Gema Gangsa’, ‘Konsert Tanah Airku bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan’, ‘Wayang bersama Konsert Orkestra Tradisional Malaysia’, ‘Genius Seni Muzik 10th Anniversary Concert’ dan dramatari ‘Bakawali’.

“Selain produksi IB, terdapat beberapa program penganjuran pihak produksi luar seperti ‘Konsert 4G’S’, ‘Konsert Barisan Hadapan DJA (Datuk Jamal Abdillah)’ serta teater ‘Sengkela Perak’ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turut dipentaskan” jelas beliau.

Nancy turut berkata,walaupun berdepan dengan pelbagai kesulitan yang membataskan aktiviti sepanjang tempoh kawalan pergerakan, IB berusaha berkongsi aspirasi bagi menaikkan kualiti dan standard industri seni dan budaya”.

“Program IB 2021 ini dijangka akan menjadi medium penting dalam menghangatkan semula aktiviti seni persembahan pentas tanah air dan memberi peluang kepada syarikat produksi untuk kembali bergiat” katanya dalam Majlis Pelancaran Program IB 2021 baru-baru ini.

Pada tahun 2020, IB telah merekodkan jumlah pengunjung seramai 13,677 orang meliputi penonton persembahan, kehadiran sidang media dan pelawat IB sepanjang tempoh yang dibenarkan. Jumlah pendapatan yang meliputi hasil jualan tiket dan sewaan ruang pula adalah sebanyak RM1.02 juta.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...