PUTRAJAYA 2 April 2021 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) membatalkan kelulusan menjalankan Program Kelas Bahasa Inggeris kepada Valeriya Ashtashova di Kampung Orang Asli Pos Woh, Tapah, Perak. Ini susulan daripada maklumat yang diterima bahawa aktivis Rusia berkenaan telah menyalahguna dewan di kampung berkenaan untuk dijadikan tempat penginapan serta membawa individu lain untuk tinggal di sana tanpa kelulusan.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu kenyatan media hari ini berkata bahawa tindakan aktivis tersebut telah menyalahi peraturan serta menimbulkan risiko penyebaran pandemik Covid-19 di kampung ini.
“Selain itu, individu tersebut turut memuatnaik kritikan terhadap perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan untuk masyarakat Orang Asli di media sosial.
Selepas beberapa siri pelanggaran syarat kelulusan, JAKOA telah membatalkan kelulusan menjalankan Program Kelas Bahasa Inggeris dan meminta Valeriya Ashtashova untuk meninggalkan kampung. Namun, individu tersebut enggan mengikuti arahan serta terus-menerus mengeluarkan kenyataan memburukkan JAKOA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kerajaan Malaysia.
Selain itu, kutipan derma untuk menjalankan program ini terus dilaksanakan walaupun notis penamatan program telah dikeluarkan oleh JAKOA dan kutipan tersebut tidak melalui mana-mana pertubuhan berdaftar.” kata Dr. Abd Latiff.
Justeru, JAKOA dengan kerjasama PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut berdasarkan undang-undang.
Tambah Dr. Abd Latiff, JAKOA turut menegaskan bahawa mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan program di perkampungan masyarakat Orang Asli perlu mematuhi syarat-syarat yang telah diberikan.
“Pendidikan dan kesihatan masyarakat Orang Asli juga sentiasa menjadi keutamaan JAKOA melalui program-program yang telah disediakan seperti yang telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan.
JAKOA juga menasihatkan agar masyarakat sentiasa memastikan segala kutipan derma yang dibuat atas nama masyarakat Orang Asli perlu melalui pertubuhan yang berdaftar dan diiktiraf bagi mengelakkan penyalahgunaan dana kutipan untuk kepentingan pihak lain.” ujar beliau.
Pada 14 Disember 2020, JAKOA telah mengeluarkan surat kelulusan permohonan untuk menjalankan Program Kelas Bahasa Inggeris kepada Valeriya Ashtashova di Kampung Orang Asli Pos Woh, Tapah, Perak.
Kelulusan ini diberikan oleh JAKOA bagi memberi peluang kepada individu dan NGO untuk berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli. Namun ia perlu mematuhi syarat yang diberikan oleh JAKOA dan turut mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 ke perkampungan masyarakat Orang Asli.
- Budge Huskey Ranked No. 50 On Swanepoel Power 200 List Of Most Influential Leaders in The Real Estate Industry
- Cavli Wireless Introduces the CQM205 5GNR Cellular IoT Module to Reinvent High Bandwidth Connected Solutions
- CHITA Rings in the New Year with a Refreshed Brand Identity and Renewed Commitment to Affordable Style
- DemandScience Appoints Cisco CMO to Board of Directors
- Lingokids Partners with Moonbug Entertainment to Bring Beloved Blippi Characters to the Leading Early Learning App
Leave a comment