29 MAC 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi usaha meningkatkan pengehakupayaan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).
Menurut laporan BERNAMA pada Isnin, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan J-KOM Mohamad Husni Ab Aziz berkata masyarakat OKU adalah antara kumpulan paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka menghasilkan sumber pendapatan.
Beliau berkata pihaknya dan beberapa agensi lain sedang giat mengkaji kaedah bagaimana meningkatkan keupayaan OKU khususnya dalam bidang latihan dan kemahiran.
“Kalau kita lihat antara isu dan cabaran dihadapi komuniti OKU sekarang adalah untuk mendapat peluang pekerjaan. Berdasarkan kajian, semakin tinggi tahap pendidikan mereka, semakin sukar mendapat pekerjaan kerana stigma dan presepsi dalam kalangan majikan.
“Sehingga kini, terdapat hampir 600,000 individu OKU di Malaysia.
J-KOM akan meningkatkan tumpuannya pada komunikasi dua hala antara kerajaan dan komuniti OKU dengan membantu mereka dalam aspek pengupayaan dan pemerkasaan khususnya aspek latihan dan kemahiran,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kompleks MAB, di sini hari ini.
Husni berkata J-KOM juga akan membantu masyarakat itu dengan menyediakan wadah dan peluang suara mereka didengari, selain meningkatkan kesedaran awal berkaitan peluang pekerjaan.
Mengenai lawatan itu, beliau memuji komuniti OKU di kompleks berkenaan yang turut memperkasakan peluang kepada ahli-ahlinya dalam mewujudkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keupayaan mereka menceburi bidang pekerjaan.
“Antaranya kami dibawa melihat program MAB radio iaitu program radio komuniti mereka untuk ‘reach out’ kepada mereka yang cacat penglihata dan difahamkan pendengar radio ini bukan hanya di Malaysia tetapi ada juga pendengar dari Kanada,” katanya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment