AMBM @ MY LNA

Timbalan KPN dan isteri hadir imarahkan Program World #Quranhour 2024 di Masjid Negara

312

Sumber : FB PDRM Malaysia

Kuala Lumpur, 4 April 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mengimarahkan Program World #QuranHour 2024 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Masjid Negara, di sini, tengah hari tadi.

Turut hadir, isteri Timbalan KPN selaku Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Pada tahun ini, surah al-Jumu’ah diangkat sebagai surah pilihan dengan membawa tema “Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial” dengan menekankan penghulu hari Jumaat sebagai momentum penting bagi transformasi minda ummah seluruh dunia.

Majlis yang berlangsung secara serentak di seluruh dunia dari jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu turut menampilkan bacaan Surah al-Jumu’ah daripada tiga qari yang pernah mendapat Johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain perkongsian tadabbur yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Fazrul Ismail serta Pengarah Pusat Tadabbur, Ustaz Syaari Abdul Rahman.

Program anjuran WUIF tadi turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen utama selain menerusi Facebook QuranHour.

Kemuncak majlis diteruskan dengan pesan ulama dari Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato’ Hj. Zamri Hashim sebelum diakhiri dengan bacaan Ikrar Quran yang diketuai penuntut Universiti Sains Islam Malaysia, Encik Munqiz Mohd Subki.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek, isteri Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datin Setia Nik Roslini Raja Ismail, Timbalan Menteri JPM (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah, Ahli-ahli Parlimen, Duta-duta dan perwakilan asing ke Malaysia, Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan Persekutuan serta Negeri.

Jurugambar: PDRM RMP TV

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...