AMBM @ MY LNAUTAMA

PM terima kunjungan hormat Prabowo

304
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto di Pejabat Perdana Menteri, 4 April, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri.

PUTRAJAYA, 4 April 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Menurut Anwar dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, pertemuan di pejabat beliau tersebut merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.

“Momen ini kami gunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.

Perjalanan karier politik kami yang hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik, juga menjadi topik perbincangan santai selain diselang-seli dengan kisah Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur.” kata Anwar.

Anwar sempat mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan.

Beliau juga berharap agar hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia terus erat dan diperkukuh demi kebaikan bersama di masa hadapan.

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...