BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Klip Video Raya: MCMC rakam percakapan Aliff Syukri, sita telefon dan kad sim

208
Dato’ Sri Aliff Syukri hadir di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya bagi rakaman percakapan . Kredit Foto : MCMC

CYBERJAYA, 3 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada hari ini.

Dalam satu kenyataan, MCMC berkata rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan. Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.” kata MCMC.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588]. Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Tambah MCMC, pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...