BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Kerajaan Persekutuan Perlu Beri Jaminan Terbuka Bahawa Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan Dilaksanakan Sebelum Belanjawan 2026

130

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Datuk Seri Azalina Othman Said semalam bahawa inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksanakan secara berfasa selama dua tahun melalui kajian emperikal di tiga buah negara.

Berdasarkan perkembangan ini, Bersih ingin menyuarakan kekhuatiran kemungkinan agenda besar ini akan dilengahkan hingga ambang pilihan raya umum akan datang yang membawa kepada kegagalan untuk ia direalisasikan dalam mandat Kerajaan Perpaduan sedia ada.

Bersih ingin mendapatkan penjelasan daripada YB Azalina:

i) Adakah tempoh masa dua tahun yang diumumkan dalam kenyataan beliau semalam adalah tambahan masa kepada apa yang diumumkan oleh beliau pada tahun lepas? Pada 18 Ogos 2023, YB Azalina menyatakan bahawa kajian empirikal yang komprehensif berkaitan agenda ini akan berjalan dalam tempoh setahun iaitu berakhir pada tahun ini yang akan membuka jalan kepada pelaksanaannya pada tahun hadapan iaitu 2025.

ii) Adakah Kerajaan Persekutuan dapat memberi jaminan bahawa pelaksanaan pengasingan kuasa (bukan setakat tamat kajian) akan dilakukan sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada Oktober 2025? Jaminan terbuka (public assurance) ini amat penting untuk menangkis tanggapan bahawa sebarang kajian dan jawatankuasa lanjutan bukanlah satu taktik untuk melengahkan pelaksanaan pengasingan kuasa. Memandangkan pengasingan kuasa ini akan memakan sumber kewangan yang signifikan, adalah penting supaya kerajaan memberi peruntukan yang sewajarnya dalam Belanjawan 2026 untuk memudahkan pelaksanaan.

BERSIH menggesa supaya proses pelaksanaan kepada agenda ini tidak dilengahkan sebaliknya Kerajaan harus menepati garis masa yang ditetapkan sebelum ini. BERSIH dan rakyat Malaysia juga sedang menunggu hasil laporan interim oleh Jawatankuasa Petugas Khas Teknikal bagi pemisahan Peguam Negara dan Pendakwaraya yang sepatutnya dibentangkan pada September tahun ini.

Dalam masa sama, BERSIH terus konsisten mendesak agar Perdana Menteri dan Peguam Negara menetapkan satu polisi moratorium untuk menghentikan sementara sebarang pemberian DNAA (Melepaskan Tanpa Membebaskan) oleh Peguam Negara yang membabitkan kes rasuah serta kepentingan awam yang sedang berjalan di Mahkamah khususnya melibatkan ahli-ahli politik sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan.

Moratorium ini penting sementara menanti pelaksanaan agenda pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya agar proses pengadilan itu dapat dilaksanakan dengan adil dan mendapat keyakinan rakyat.

Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...