AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

128

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan RAHMAH Taman Perpaduan, Tambun, Perak sekaligus melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024.

Program BRR tersebut merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.

“Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat serta menggalakkan kadar sewa RAHMAH dan berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti. Bagi BBR Taman Cempaka, sebanyak 71 gerai menyediakan Menu RAHMAH sebagai pilihan menu tambahan pada harga RM5 dan ke bawah.

Selari dengan matlamat kerangka pelaksanaan MyDIGITAL dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) bagi sektor peruncitan, KPDN bersama Touch n GO meneruskan perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative – ReDI) bagi meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan pengguna menggunakan kemudahan ewallet dalam berurusniaga secara digital. Justeru, seramai lebih 141 gerai di BRR Taman Perpaduan, Tambun telah mengaplikasikan pembayaran digital tanpa tunai (cashless) dan dijangka seramai 8,000 pengunjung berpeluang menerima insentif melalui ReDi, iaitu RM20 seorang melalui e-wallet TnG untuk berbelanja di BRR. Manakala, peniaga yang menawarkan Menu RAHMAH di BRR juga akan diberikan insentif RM50 secara one-off.” kata KPDN dalam satu kenyataan semalam.

Turut berlangsung Majlis Pelancaran MySaveFood Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di lokasi Bazar Ramadan RAHMAH ini. Projek Malaysia Save Food Ramadan 2024 atau juga dikenali sebagai MySaveFood adalah untuk membudayakan satu sistem pengurusan lebihan makanan yang efektif di bazar Ramadan yang mudah direplikasi dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan yang mulia ini. Inisiatif ini turut menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu mengurangkan separuh daripada jumlah pembaziran makanan menjelang 2030 dan mewujudkan Zero Hunger.

“Program ini merupakan kerjasama strategik KPDN Perak bersama Pertubuhan Pemuda GEMA Negeri Perak dan dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang melibatkan seramai 45 orang sukarelawan meliputi 5 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta antaranya Cosmopoint College Ipoh, UniKL RCMP, Universiti Sultan Azlan Shah, Institusi Pendidikan Guru Ipoh dan Quest International University. Penglibatan golongan muda khususnya dikalangan para pelajar dalam menjayakan Projek MySaveFood ini mencerminkan tahap kesedaran yang tinggi usaha mengelakkan pembaziran makanan khususnya di Negeri Perak.

Sebagai rekod pencapaian pelaksanaan Projek MySaveFood pada 14 hingga 24 Mac 2024, sejumlah 389.66 kilogram makanan dan 754.25 kilogram minuman berjaya dikumpulkan dari Bazar Taman Cempaka, Bazar Stadium Indra Mulia, dan Bazar Taman Perpaduan . Makanan dan minuman yang tidak terjual oleh peniaga bazar Ramadan akan dikumpulkan oleh sukarelawan dan akan diagihkan kepada pelajar IPT, golongan gelandangan dan golongan yang
memerlukan.” kata KPDN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...