BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

94

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan untuk segera melaksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , terutamanya bagi jawatan Pengerusi. Tan Sri Abdul Ghani, Pengerusi SPR akan bakal bersara wajib pada bulan Mei ini dan sehingga kini SPR masih mempunyai satu kekosongan Ahli Suruhanjaya, iaitu Ahli SPR bagi Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, BERSIH menegaskan bahawa reformasi pelantikan ini adalah mustahak, tambahan lagi Pengerusi SPR seterusnya berkemungkinan besar akan mempunyai tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kata BERSIH, Ahli-Ahli SPR perlu dilantik melalui mekanisme yang telus, terbuka, berakauntabiliti dan inklusif bagi mendapatkan kepercayaan semua pihak berkepentingan terhadap kebebasan dan kemandirian SPR yang mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk melaksanakan pilihan raya dan persempadanan semula.

“Minggu ini merupakan minggu terakhir persidangan Parlimen dan Bersih masih belum melihat sebarang perkembangaan berkenaan agenda reformasi pilihan raya yang cuba diketengahkan pihak kerajaan melainkan Pembentangan RUU Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memberi autonomi kepada institusi Parlimen yang dijangka akan dibentangkan Julai depan.

Agenda reformasi pilihan raya bagi memperkukuhkan kebebasan institusi SPR dan memperkasa sistem pilihan raya di Malaysia masih lagi belum dititikberatkan oleh Kerajaan Madani dan sehingga kini masih dipandang sepi. BERSIH sebelum ini telah mencadangkan agar mekanisme pelantikan Ahli-Ahli SPR perlu melalui Jawatankuasa Tetap Pilihan Hal Ehwal Pilihan Raya (Standing Committee) agar proses tersebut dapat diteliti secara inklusif dan demokratik oleh Ahli Parlimen Kerajaan dan juga Pembangkang. Kami juga mengingatkan bahawa manifesto pilihan raya kedua-dua Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa pelantikan bagi jawatan utama seperti pengerusi SPR akan melalui Jawatankuasa Parlimen.” kata BERSIH.

Selain daripada reformasi pelantikan Ahli SPR, Bersih juga ingin mempersoalkan apakah tindakan kerajaan dalam sudut reformasi pilihan raya khususnya melibatkan:

1) Kesediaan pihak Kerajaan dan SPR untuk melaksanakan kaedah baharu bagi Pengundi Tidak Hadir (Absentee Voters) bagi pengundi luar kawasan dan luar negeri, terutamanya bagi pengundi di Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung. Hal ini amat penting kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal dilangsungkan pada tahun hadapan dan pihak SPR perlu bersedia bagi menghadapi pilihan raya ini dan memudahkan pengundi-pengundi luar kawasan pulang mengundi di Sabah.

Bersih mencadangkan agar pengundi ini dibenarkan menjadi pengundi awal di tempat mereka bekerja/belajar dengan SPR menyediakan satu pusat pengundian mega di setiap negeri di Semenanjung, dan kiraan undi dibuat di pusat tersebut pada hari pengiraan undi.

2) Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya agar lebih berkesan terutama dalam memberi kuasa kepada SPR untuk menguatkuasakan undang-undang yang bersesuaian. Akta yang sedia adalah terlalu lapuk dan tidak dikemaskini sekian lama. Selain itu, masih belum ada peruntukan untuk mengawal penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa pilihan raya serta keperluan audit perbelanjaan raya oleh calon pilihan raya dan parti politik. Akta ini perlu direformasikan agar terus relevan dan menjadikan proses kempen pilihan raya lebih bersih dan adil.

“BERSIH berharap dan menggesa Kerajaan agar terus komited melakukan agenda reformasi khususnya reformasi pilihan raya dan reformasi insitutsi bagi memperkukuhkan demokrasi di Malaysia.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...