AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

224

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lalu. Setakat 11:59 malam pada 24 Mac 2024, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta, daripada 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac 2024.

“Daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1%.

Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50% menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024.” kata Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Raml dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Rafizi, orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar.

“Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara.

Daftar dan kemaskini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan.” kata Rafizi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...