AMBM @ MY LNApenternakan @ My LNA

Ladang telur tanpa sangkar berskala besar pertama di Malaysia menandakan era baharu kebajikan untuk ayam penelur

351

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Humane Society International, Beacon Mart, Old Town White Coffee dan syarikat induk JDE Peet’s telah berkumpul pada 22 Mac untuk meraikan sistem perumahan pengeluaran ayam penelur berskala besar tanpa sangkar pertama di Malaysia.

Acara Wings of Progress for Better Welfare menandakan perjanjian persefahaman antara Old Town White Coffee dan Ladang Ayam Penelur Teong Choon untuk menawarkan telur bebas tanpa sangkar di seluruh di Malaysia. Acara itu juga menyaksikan Beacon Mart komited untuk menawarkan secara eksklusif telur daripada ayam bebas sangkar di seluruh rangkaian runcit mereka menjelang 2030. Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia, Senator Puan Saraswathy Kandasami merasmikan acara itu dan menyampaikan ucaptama yang mengetengahkan kepentingan kebajikan haiwan di kalangan ladang ternakan.

Ayam penelur adalah haiwan yang aktif dan sosial tetapi kebanyakan daripada 105 juta ayam yang diternak untuk pengeluaran telur di Malaysia terhad kepada sangkar dawai kecil yang menawarkan setiap ayam kurang ruang daripada satu helaian kertas bersaiz A4.

Dr Laurent Sagarra, Naib Presiden, Kelestarian, JDE Peet’s, menyatakan: “Penyumberan yang bertanggungjawab adalah teras kepada falsafah perniagaan JDE Peet. Kami mengambil berat tentang kebajikan haiwan ternakan yang digunakan dalam rantaian bekalan makanan dan komited untuk meningkatkan kebajikan mereka. Itulah sebabnya kami berusaha ke arah mendapatkan semua telur dan bahan berasaskan telur dalam produk kami daripada ayam yang dipelihara tanpa sangkar. Kami berterima kasih kepada Ladang Ayam Teong Choon kerana membantu kami mencapai matlamat kemampanan kami.”

Dr. Saravanakumar Supramaniam Pillai, Penasihat Kanan, Kebajikan Haiwan Ladang, Polisi dan Penglibatan, untuk HSI di Malaysia menyatakan: “Kurungan sangkar sudah lapuk dan tidak memenuhi keperluan tingkah laku ayam yang didokumenkan secara saintifik. Sistem bebas sangkar moden memberikan lebih kebebasan pergerakan untuk burung berjalan, berlari, melompat dan meregangkan sayapnya. Ayam yang dipelihara untuk pengeluaran telur adalah makhluk hidup dan kita mesti memberi mereka kebajikan yang baik. TC Poultry adalah peneraju industri bertanggugjawab dengan menjadi syarikat yang pertama mengeluarkan telur bebas sangkar berskala besar”

Tlew Siew Sien, pemilik Ladang Ayam Teong Choon, menyatakan: “Kebajikan haiwan penting kepada kami, dan melabur dalam kemudahan bebas sangkar baharu adalah satu cara untuk menyediakan penjagaan yang terbaik untuk ayam-ayam kami. Ia juga menjadikan saya sebagai perniaga yang bertanggungjawab. Kami amat berharam pelanggan kami memberi sokongan padu dalam perjalanan baharu ini.”

Humane Society International memberi sokongan yang komited dalam bantuan teknikal kepada usaha Ladang Ayam Teong Choon dan akan terus sokongan sedemikian kepada ladang ini yand dalam usaha mengembangkan operasi mereka dengan kandang bebas sangkat pertama yang menempatkan lebih 16,000 ekor ayam. Peralatan kandang bebas sangkar disediakan oleh Big Dutchman, sebuah syarikat peralatan ayam yang beribu pejabat di Jerman. Big Dutchman menyediakan perkhidmatan perundingan kepada Ladang Ayam Teong Choon untuk memastikan usaha ini mencapai kejayaan

Aspirasi Teong Choon untuk mambangunkan perniagaan telur bebas sangkar setelah melihat permintaan yang semakin meningkat untuk telur daripada ayam tanpa sangkar di Asia Tenggara. Banyak syarikat utama peringkat nasional dan antarabangsa bergerak kearah menggunakan telur bebas sangkar. Syarikat OldTown White Coffee dan Beacon Mart menyertai banyak jenama lain yang dengan mengambil langkah untuk meningkatkan kebajikan haiwan ternakan melalui meningkat permintaan kepada telur bebas sangkar.

Chew Hsien Loong, Ketua Pegawai Eksekutif Beacon Mart Holding, menyatakan: “Sebagai rangkaian pasaraya runcit, kami memahami bahawa masyarakat sentiasa berkembang dan bertambah baik, mempunyai lebih penekanan dan mengambil berat tentang isu kontemporari seperti kesihatan manusia, alam sekitar dan kebajikan haiwan. Di Beacon Mart, kami bergema niat positif ini dan sedang berusaha untuk menawarkan telur bebas sangkar secara eksklusif kerana jangkaan pelanggan kami akan menjadi komitmen kami. Masyarakat dan pelanggan era kini sangat mengambil berat tentang dari mana makanan mereka berasal dan bagaimana haiwan yang menghasilkan produk ini dijaga”

Di Kuala Lumpur, restoran Farm Cafe’ dan Havelly secara eksklusif menggunakan telur daripada ayam tanpa sangkar. Di Vietnam dan Thailand, jenama seperti Pizza4P’s, Salad Stop! dan Fusion Hotels menerima perubahan itu. Di peringkat antarabangsa, jenama utama meningkatkan kehidupan berjuta-juta ayam dalam industri telur dengan menggubal dasar menyeluruh yang mempengaruhi semua peringkat rantaian bekalan, termasuk pengeluar makanan Kraft Heinz dan

Kellogg, rangkaian hotel seperti Hilton, Accor dan Marriott International, dan perkhidmatan makanan. syarikat Termasuk Compass Group dan Sodexo. Gabungan kuasa beli syarikat-syarikat ini mengubah industri telur dan kehidupan ayam di ladang untuk kebaikan

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...