AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN gerakkan OP KESAN dan OP PANTAU

118
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Kredit FOto : UKK KPDN

SEREMBAN, 23 Mac 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjur sebanyak 192 Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di seluruh negara termasuk 20 siri di Negeri Sembilan.

Program tersebut akan berlangsung sehingga hujung bulan Ramadan dengan sasaran sebanyak 450 siri di seluruh negara meliputi kesemua 222 kawasan Parlimen.

Menurut Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan, melalui program tersebut orang ramai berpeluang mendapatkan barang-barang keperluan harian dengan tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. Selain barangan kering yang ditawarkan dalam Program Jualan Rahmah yang dianjurkan sepanjang tahun, PJR Ramadan juga menawarkan keperluan barangan basah untuk juadah berbuka puasa dan bersahur.

Dalam pada itu, Armizan turut memaklumkan bahawa bermula bulan ini juga, KPDN melaksanakan dua operasi penguatkuasaan secara serentak iaitu OPS KESAN yang bermula pada 1 Mac 2024 dan OPS PANTAU yang bermula pada 12 Mac 2024.

“OPS KESAN digerakkan susulan daripada pelaksanaan kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus. Operasi penguatkuasaan ini adalah bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang membuat perubahan harga pada kadar yang tidak munasabah dan tidak berwajaran serta bertentangan dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Pada masa yang sama, OPS KESAN juga memantau risiko berlakunya perubahan harga atas alasan kenaikan cukai perkhidmatan dalam sektor-sektor yang tidak tertakluk kepada perubahan dasar percukaian tersebut.” kata Armizan.

Berdasarkan pemeriksaan yang dilaksanakan bagi tempoh 1 Mac 2024 hingga 22 Mac 2024, sebanyak 9,749 premis telah diperiksa di seluruh negara. Sebanyak 485 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah diserahkan kepada premis perniagaan yang terlibat untuk mendapatkan perincian maklumat berhubung caj dan kos langsung penyediaan perkhidmatan tersebut di peringkat sektor penyedia perkhidmatan yang diperiksa. Notis tersebut dikeluarkan kepada para peniaga yang didapati melakukan perubahan harga.

“KPDN turut melaksanakan OPS PANTAU bermula 12 Mac 2024. OPS PANTAU 2024 dilaksanakan khusus untuk memantau aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang bulan Syawal. Penguatkuasaan ini dijalankan secara berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktivtiti penjualan secara dalam talian.

Berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari 12 Mac 2024 hingga 22 Mac 2024, sebanyak 19,428 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM411,874.07. Sebanyak 566 aduan oleh pengguna juga telah diterima dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan. Antara kesalahan yang diambil tindakan meliputi kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.” kata Armizan.

Tambah beliau, KPDN mengambil perhatian serius terhadap saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di peringkat lapangan. Sehubungan itu, pihak KPDN telah menggerakkan keseluruhan anggotanya di peringkat ibu pejabat dan negeri-negeri bagi pelaksanaan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di lapangan.

“Selain daripada anggota kementerian, kita juga akan bersama-sama dengan badan sukarelawan seperti Hero Pengguna, Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan NGO Pengguna untuk sama-sama membantu aktiviti pemantauan di lapangan.” ujar Armizan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...