AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

221

PERLIS 23 Mac 2024 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, telah meluncurkan inisiatif Kad MySiswa secara rasmi bersempena Majlis Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) @UniMAP yang turut disertai hampir 2,000 mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kad MySiswa (yang dulunya Kad Prihatin Siswa) merupakan inisiatif bersepadu KPT bersama RHB Islamic Bank Berhad (selaku rakan strategik pelaksana) sebagai komitmen dalam mendukung Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang turut berpotensi memartabatkan gaya hidup mereka.

“Pelaksanaannya bermula Mac 2023 lalu telah memanfaatkan hampir 550,000 orang mahasiswa di kesemua 20 buah Universiti Awam (UA) seluruh negara.

Cetusan idea Kad MySiswa ini telah diusulkan sendiri oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada tahun 2020 lalu dan KPT melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menyambut hasrat tersebut sebagai refleksi bahawa Kerajaan sentiasa peka serta memahami denyut nadi golongan mahasiswa.” kata KPT dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah KPT, Kad MySiswa akan berfungsi sebagai kad promosi dan diskaun yang melayakkan pemegangnya menikmati pelbagai tawaran istimewa, potongan harga dan rebat daripada para pedagang terpilih, sama ada di dalam mahu pun di luar kampus.

“Setakat Mac 2024, lebih 100 pedagang dan 319 vendor baharu di sekitar lokaliti kampus UA yang menawarkan keistimewaan eksklusif, diskaun juga promosi kepada para pemegang Kad MySiswa. Secara tidak langsung, pelaksanaan inisiatif ini juga bakal menjadi pemangkin transformasi ekosistem kampus nirtunai (cashless campus) seiring perkembangan dan tuntutan teknologi digital kewangan masa kini.” ujar KPT.

KPT bersama pihak RHB Islamic Bank Berhad juga sedang meneliti kebolehlaksanaan inisiatif ini untuk diperluaskan kepada pelajar-pelajar politeknik dan kolej komuniti, dan seterusnya kepada mahasiswa di IPTS agar mereka turut sama berpeluang menikmati manfaat yang setara dengan mahasiswa pemegang Kad MySiswa dari UA.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...