AMBernamaBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

PPZ-MAIWP & FGV Holdings Berhad Perkasa Ibadah Zakat Melalui Program Kemasyarakatan

106
FGV Seikhlas Hati menggabungkan kerjasama antara PPZ-MAIWP, MAIWP, JAWI, JAIS dan LZS dalam menyantuni golongan yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2024 (Bernama) – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama FGV Holdings Berhad (FGV) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan majlis pelancaran FGV Seikhlas Hati di Masjid Wilayah Persekutuan.
 
FGV Seikhlas Hati merupakan salah satu usaha FGV untuk bersama-sama dengan agensi agama khususnya agensi zakat dalam menyantuni para asnaf sejajar dengan seruan kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan meringankan beban kewangan.
 
FGV merupakan antara pembayar zakat perniagaan terbesar bagi syarikat senaraian awam bumiputera untuk beberapa tahun yang lepas, termasuklah zakat perniagaan yang dibuat di negeri – negeri di mana kumpulan FGV bertapak, termasuklah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Sebagai syarikat korporat yang prihatin, FGV komited dalam menunaikan kewajipan berzakat demi memenuhi tuntutan agama. Pada tahun 2023, Kumpulan FGV telah membuat pembayaran Zakat Perniagaan kepada 14 buah negeri di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM35.38 juta ringgit.
 
Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad, serta Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan. Turut hadir Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, dan Encik Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor.
 
Inisiatif ini merupakan kesinambungan kolaborasi yang sama pada tahun 2023 melalui Program Jalinan Mesra Saji yang telah menyantuni 900 asnaf di sembilan masjid sekitar Wilayah Persekutuan dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM500,000.
 
Untuk tahun 2024, usaha ini akan diteruskan melalui sembilan siri program FGV Seikhlas Hati dengan mensasarkan lima buah masjid Wilayah Persekutuan dan empat buah masjid di Selangor.  Seramai 1,900 orang asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor akan disantuni dengan jumlah keseluruhan sumbangan berjumlah RM1,240,000.00.
 
FGV melalui dana wakalahnya telah menyerahkan sumbangan kewangan bernilai RM500 serta barangan FGV bernilai RM50 kepada 300 orang asnaf di sekitar Masjid Wilayah Persekutuan.
 
Pada program yang sama, FGV turut menyerahkan sumbangan kewangan bernilai RM7,000 serta barangan Food Bank bernilai RM3,000 kepada pihak Masjid Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail.
 
Selain itu, turut diserahkan sumbangan kewangan bernilai RM10,000 kepada Maahad Tahfiz Al-Habbah dan Maahad Tahfiz Raudhatus Salam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan pada hari ini adalah sebanyak RM 225,000.
 
Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad di dalam ucapannya berkata penganjuran program ini wajar dijadikan contoh kepada semua agensi lain dengan menjadikan masjid sebagai pusat pelbagai aktiviti.
 
“Majlis bacaan yasin bulanan ini dapat mengimarahkan lagi masjid-masjid khususnya pada malam jumaat, selaras dengan saranan JAWI di dalam khutbah jumaat supaya menghidupkan amalan solat berjemaah setiap waktu di masjid-masjid dan surau-surau,” tambahnya lagi.
 
Pembayaran zakat perniagaan Kumpulan FGV pada tahun 2023 telah melayakkan syarikat tersebut untuk menerima Skim Wakalah atau Dasar Pengembalian Semula untuk dimanfaatkan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
 
Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP di dalam ucapannya berkata penganjuran program ini juga telah membuktikan kemajuan dan perkembangan perniagaan FGV Holdings Berhad melalui penerimaan Wakalah atau Dasar Pengembalian Semula yang diterima.
 
“Skim Wakalah ini telah diperkenalkan oleh pihak MAIWP sejak tahun 2010 untuk diberikan kepada entiti seperti individu, syarikat atau organisasi, majikan serta IPT yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak.”
 
“Pemegang wakalah juga boleh manfaatkan dasar pengembalian semula ini untuk dijadikan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu kakitangan dan golongan yang kurang berkemampuan,” tambahnya lagi.
 
PPZ-MAIWP berharap inisiatif ini dapat memberi impak kepada peningkatan kutipan zakat sekaligus meningkatkan ekonomi asnaf di Wilayah Persekutuan. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...