BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

106

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengalu-alukan pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri II (TPM II) YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof bersama Ketua Pembangkang Parlimen, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Ketua Whip Pembangkang, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, YB Datuk Seri Ronald Kiandee. BERSIH mengucapkan tahniah kepada pihak Pembangkang dan Kerajaan Persekutuan yang kini boleh duduk semeja. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk menstabilkan politik negara dengan Kerajaan dan Pembangkang boleh duduk di meja rundingan bagi merumuskan isu-isu berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik.

BERSIH melihat ini adalah langkah yang perlu bagi mengukuhkan proses transisi demokrasi di Malaysia, supaya wakil-wakil rakyat serta ahli politik kembali memfokuskan tenaga untuk membangunkan negara. BERSIH sebelum ini telah beberapa kali menyeru agar diadakan satu persefahaman di antara Kerajaan dan Pembangkang supaya mereka dapat bekerjasama serta bersaing secara profesional bagi menjana kestabilan politik, seterusnya membantu proses pembangunan negara dan mengurangkan sengketa politik yang tajam sehingga tidak ada ruang perbincangan.

BERSIH berharap melalui perbincangan ini dapat membuka jalan kepada satu memorandum persefahaman (MOU) seperti yang dilaksanakan semasa zaman Perdana Menteri Ismail Sabri. MOU boleh meliputi 10 reformasi yang melibatkan reformasi pilihan raya dan reformasi institusi seperti yang dikemukakan di dalam Memorandum #Reformasi100peratus oleh BERSIH seperti:

1. Reformasi lantikan Ahli-Ahli & Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pembentukan Jawatankuasa Tetap Parlimen Hal Ehwal Pilihan Raya (Standing Committee) untuk menyemak proses dan memberi maklum balas kepada Perdana Menteri dalam proses lantikan Ahli SPR

2.Reformasi menyahklasifikasi Laporan Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya

3.Reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA)

4.Reformasi Pendanaan Politik

5.Reformasi Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya

6.Pemisahan Bidang Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya

7.Moratorium kepada pemberian DNAA oleh Peguam Negara dalam kes rasuah

8.Memperkasa institusi Parlimen Malaysia melalui Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen dan Meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

9.Menggubal Akta Penggal Tetap Parlimen (FTPA) demi kelangsungan kestabilan politik

10.Penggubalan Akta Peruntukan Kawasan

Susulan daripada pertemuan antara Ketua Pembangkang dan TPM II baru-baru ini, BERSIH berharap natijah yang baik dan segera dapat terhasil. Peruntukan CDF yang telah lama dinafikan kepada Ahli Parlimen Pembangkang dapat segera diberikan bagi membantu rakyat di peringkat bawah. Peruntukan ini juga harus segera digubal menjadi satu undang-undang agar formula peruntukan, mekanisme agihan dan perbelanjaan serta keperluan pengauditan untuk ketelusan penggunaan dapat dirumuskan bagi mengelakkan salah guna peruntukan tersebut. Ini adalah satu parameter yang penting yang perlu dibincangkan antara Pembangkang dan juga Kerajaan Persekutuan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...