AMBM @ MY LNAPerpaduan @ My LNAUTAMA

Kementerian Perpaduan Negara bersama IKIM sedang teliti Piagam Harmoni

188
Facebook Rasmi Datuk Aaron Ago Dagang

PUTRAJAYA 20 Mac 2024 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berkompromi kepada mana-mana pihak yang mencetuskan polemik perkauman dan menyentuh sensitiviti agama yang menganggu gugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, masyarakat negara ini seharusnya sentiasa menghormati dan mendukung Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai ramuan perpaduan negara.

“Rukun Negara adalah prinsip asas yang sepatutnya menjadi panduan bagi pembinaan serta pemeliharaan keharmonian di Malaysia. Cita-cita dan prinsip-prinsip tersebut perlu dihayati dan dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan bersama dan membangunkan negara yang harmoni.

Justeru, saya berharap agar semua pihak dapat menyebarluas prinsip asas integrasi nasional iaitu FAHAM, HORMAT dan TERIMA yang merupakan prinsip asas dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia. Kementerian Perpaduan Negara bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia sedang meneliti dan akan mengangkat cadangan PIAGAM HARMONI yang mampu menjadi panduan untuk membina negara yang aman dan harmoni seterusnya menatijahkan kemakmuran seperti dihasratkan dalam konsep Malaysia MADANI.” kata beliau.

Aaron turut mengingatkan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam menyatakan sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan sedemikian boleh disabitkan atas kesalahan di bawah undang-undang yang berkenaan seperti Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Saya turut menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang melakukan kesalahan supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

Marilah kita bersama-sama mewujudkan masyarakat yang aman, harmoni, dan bertoleransi di negara ini.” kata Aaron.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...