BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

263
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing menggesa supaya Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti memanipulasi Isu stokin yang tertera perkataan “Allah” di KK Super Mart yang tular baru-baru ini.

“Isu stokin yang tertera perkataan “Allah” di KK Super Mart terus diperkatakan, walaupun pihak pengurusan KK Super Mart telah memohon maaf setelah menyedari insiden itu berlaku tanpa disengajakan; berjanji untuk memastikan kejadian sama tidak berulang; dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Apabila pengamal media meminta komen saya berhubung isu ini, saya mengatakan bahawa Akmal Saleh tidak sepatutnya menunggang isu ini utk meraih modal politik peribadi, yang akhirnya berupaya merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Bukan sahaja segera tampil memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, malah pihak KK Super Mart juga bertindak pantas mengeluarkan produk tersebut daripada rak jualan yang terdapat di cawangan berkenaan.” tulis Tiong di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau juga menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, supaya bertindak tegas terhadap keangkuhan dan sikap keterlaluan Akmal yang juga seorang Exco negeri itu.

“Saya juga telah mendapat maklum balas bahawa rakyat dan akar umbi Melaka telah membuat aduan dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap angkuh Akmal. Jika tidak diperbetulkan segera, ini mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan politik Melaka pada masa hadapan.” kata Tiong.

Tiong turut berkata bahawa beliau percaya bahawa sebagai sebuah perusahaan perniagaan, KK Super Mart telah banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya dalam meningkatkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan. Pada masa ini, KK Super Mart mempunyai melebihi 800 cawangan di seluruh negara, dan pekerjanya terdiri daripada pelbagai kaum termasuk pekerja Melayu.

“Saya juga amat percaya sekiranya isu stokin yang tertera kalimah “Allah” ini semakin tidak terkawal, sudah pasti ia akan menjejaskan hubungan harmoni antara kaum dan juga merosakkan ekonomi serta imej negara.” ujar Tiong.

Sejak 13 Mac lalu, stokin yang berulis kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, tular selepas gambar produk berkenaan dimuat naik pengguna di media sosial. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai telah membuat permohonan maaf pada sidang media di Menara KK, Bandar Tasik Selatan pada 16 Mac.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...