AMBM @ MY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

KPDN akan kaji Kebolehlaksanaan Lemon Law

336
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 – Pada tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan satu Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna untuk menuntut tebus rugi sekiranya mereka menerima kenderaan bermotor yang rosak atau gagal mematuhi standard kualiti atau prestasi seperti yang dijanjikan oleh pembekal dan tidak dapat dibaiki/dibetulkan.

Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Kepong di Dewan Rakyat hari ini, setelah kajian selesai, satu keputusan dasar di peringkat Kementerian akan dibuat sebelum penambahbaikan rangka kerja perundangan dilaksanakan.

“Di Malaysia, peruntukan perundangan berkaitan hak tebus rugi pengguna terhadap pembekal atau pengilang sekiranya barangan yang dibekalkan gagal mematuhi gerenti yang ditetapkan telah termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] di bawah kawal selia KPDN.” kata Armizan.

Peruntukan di bawah Akta 599 yang berkaitan perkara tersebut adalah:-

i. Bahagian V- Gerenti berkenaan Dengan Pembekalan Barang;

ii. Bahagian VI- Hak terhadap pembekal berkenaan dengan  gerenti dalam pembekalan barang;

iii. Bahagian VII- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti dalam pembekalan barang; dan

iv. Bahagian XII – Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna.

Lemon Law adalah satu undang-undang yang menyediakan hak tebus rugi (redress) kepada pembeli kereta dan barangan pengguna lain untuk mendapatkan remedi terhadap produk yang berulang kali rosak dan gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.

Antara remedi yang boleh dituntut oleh pengguna atau pembeli di bawah Lemon Law ini adalah pembaikan, penggantian, pengurangan harga atau pembayaran balik.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...