AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNAParlimen @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah laksanakan 215 program kesedaran pengguna sejak 2013

104
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong. Kredit foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 – Kementerian DIgital melalui agensinya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sentiasa bekerjasama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara untuk bersiap siaga dalam menangani ancaman keselamatan siber.

Menjawab soalan lisan di Dewan Negara hari ini, Timbalan Menterinya, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata bagi memastikan data peribadi tidak diceroboh, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang menguatkuasakan Akta 709, telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran pengguna data dan rakyat mengenai Akta 709 bagi menjamin keselamatan data peribadi dalam transaksi komersial di Malaysia.

“Sejak tahun 2013 sehingga 7 Mac 2024, sebanyak 215 program kesedaran telah dilaksanakan oleh JPDP.

Selain itu, sebagai langkah interim sebelum pindaan Akta 709 diluluskan, JPDP telah memperkenalkan Notifikasi Ketirisan Data secara pentadbiran. Notifikasi ini hendaklah dikemukakan kepada JPDP oleh pengguna data yang menghadapi insiden ketirisan data peribadi termasuk ancaman penggodaman. Inisiatif ini membolehkan maklumat insiden dianalisa supaya langkah mitigasi dapat diambil pada kadar segera bagi membendung kebocoran selanjutnya serta mengawal kesan ketirisan berterusan.” kata Wilson.

Katanya lagi, antara inisiatif terbaharu Kementerian Digital melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi mempertingkatkan kadar keselamatan siber di negara ini adalah seperti berikut:

i. Meningkatkan kelengkapan kemudahan makmal keselamatan siber yang telah mendapat akreditasi serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Sehingga kini CyberSecurity Malaysia mempunyai 23 makmal bertauliah yang merangkumi Makmal Forensik Digital, Makmal Ancaman Siber, Makmal Penaksiran dan Penilaian serta Makmal Pembangunan Kriptografi.

ii. Fungsi baru melalui perkhidmatan Pre-emtif CyberSecurity Malaysia yang memfokuskan kepada tindakan yang perlu diambil demi mengelak atau mengurangkan risiko masa hadapan sekiranya berlaku sebarang insiden siber, merangkumi aktiviti aggregasi data dari sumber luar serta dalaman organisasi. Operasi teknologi pre-emtif CyberSecurity Malaysia meliputi 5 aspek iaitu:

a. Analisis DarkWeb
b. Analisis Serangan Permukaan
c. Pengumpulan dan Pengintegrasian data Risikan
d. Analisis Sumber Terbuka; dan
e. Penyediaan Platform Perkongsian Maklumat secara Komprehensif

“Kementerian Digital akan terus komited dalam menangani isu ancaman serangan siber. Sehubungan itu, kementerian juga turut menyokong cadangan penggubalan rang undang-undang yang baharu berkaitan Keselamatan Siber yang telah disediakan oleh NACSA dan akan dibentangkan dalam masa terdekat bagi memperuntukkan kuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keselamatan siber.” ujar Wilson.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...