BernamaBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Isu Kalimah Allah : Punca kecuaian pihak vendor dan KK Mart, tiada kena mengena dengan kerajaan

272

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 – Tular kebelakangan ini berhubung isu penjualan stoking berjenama MiranoSock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka terkemuka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart).

Menerusi kenyataan pihak KK Super Mart, stoking tersebut merupakan produk ‘consignment’ daripada pihak vendor (Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd) yang menjual barang mereka dengan sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka terbabit.

Pihak vendor memohon maaf dan mengakui kesilapan kerana tidak membuat pemeriksaan secara teliti berkenaan produk yang diambil dari China.

Dalam satu sidang media di Menara KK Super Mart pada 16 Mac 2024, pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai turut memohon maaf dan kesal dengan isu yang berlaku serta bertegas akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dari segi pemeriksaan secara rapi terhadap sesuatu produk yang diterima daripada pembekal selepas ini.

dalam pada itu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) turut berdukacita dan terkilan dengan isu yang berlaku itu sementelahan ia melibatkan kalimah Allah yang merupakan kalimah agung bagi masyarakat Islam.

“Tindakan mempermainkan perkara berkaitan ketuhanan adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dalam Islam.

Pihak IKIM juga memohon supaya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada unsur mengina agama Islam dalam isu ini.

Insiden ini merupakan kecuaian daripada pihak vendor dan pihak KK Super Mart sendiri, jadi ia tiada kena-mengena dengan pihak kerajaan.” kata Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh Bernama hari ini.

Tambahnya, IKIM juga menyeru supaya orang ramai mendapatkan maklumat betul dan membuat aduan di saluran yang tepat supaya dapat disiasat oleh pihak berkuasa.

Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama, sensitiviti masyarakat Malaysia perlulah dijaga sebaiknya demi mengekalkan keharmonian dan kedamaian yang telah dikecapi sejak sekian lama.

“Sehubungan dengan itu, pendekatan hidup dalam keadaan aman dan damai seperti yang ditekankan dalam Fiqh al-Ta’ayush (peaceful co-existence) hendaklah diterapkan dalam semua lapisan masyarakat.

Dalam masa yang sama, semua rakyat Malaysia diingatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menjejaskan keharmonian hidup dalam kepelbagaian penganut agama, etnik dan suku kaum.

Pihak IKIM juga berharap insiden seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan tindakan lebih tegas perlu dikenakan sekiranya mana-mana pihak cuba mengganggu-gugat keamanan dan memecahbelahkan masyarakat terutamanya isu yang menyentuh aspek 3R (kaum, agama dan institusi diraja).” ujar Dr. Mohamed Azam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...