AMBM @ MY LNASarawakUTAMA

๐“๐ฎ๐ง ๐ƒ๐ซ ๐–๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐ง๐š๐ข๐๐ข ๐ฆ๐ž๐ง๐ฎ๐ง๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ญ ๐™๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค

292

KUCHING, 27 Januari 2024- Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menunaikan Solat Zohor bertempat di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching.

Ketibaan Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi pada jam 12.25 tengah hari disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Sejurus selepas itu, Wan Junaidi serta isteri menandatangani buku pelawat Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Kemudian, Wan Junaidi serta jemaah yang hadir menunaikan Solat Zohor yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Terdahulu, Wan Junaidi sempat menziarahi pusara isterinya, Allahyarhamah Datin Sri Fiona Sim Abdullah @ Norjanah Wan Junaidi di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Tun Dr Wan Junaidi dilantik sebagai TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak bermula pada 26 Januari 2024 bagi menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Turut hadir ialah, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai.

Disediakan Oleh : Safik Effendi Kassim (BMKK)
Foto oleh : Lance Dunstan (BKVS)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevieยฎ untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...