BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheck

Poster Peringatan Tutup Suis Mesin Penapis Air Elak Kebakaran Sahih Dari Bomba – JomCheck

219

Oleh : JomCheck

JomCheck terpanggil untuk membuat semakan berkenaan dengan poster yang sering tular tentang keperluan menutup suis mesin penapis air ketika berlaku gangguan bekalan air bagi mengelakkan kebakaran.

Poster oleh Public Health Malaysia (PHM) disiarkan melalui Facebook pada 17 September 2020 dan dikongsi melalui pelbagai platform hingga hari ini.

STATUS: BENAR

PENJELASAN: Menurut hantaran Facebook rasmi Bomba pada 5 Ogos 2019, pemanas dalam mesin penapis air akan terus berfungsi walaupun tanpa bekalan air. Ini boleh menyebabkan berlakunya litar pintas, seterusnya mengakibatkan kebakaran.

Sumber:

Laman Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia: https://bit.ly/3U76kZc
Laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara: https://bit.ly/48ZibN6
Laporan berita Kosmo: https://bit.ly/47DS0e2

Maklumat penting terkait peringatan ini adalah:

a. Hasil semakan JomCheck mendapati poster PHM itu memetik hantaran akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) pada 5 Ogos 2019.

b. Pihak Bomba turut mengulang peringatan sama ketika mengulas isu gangguan bekalan air selama empat hari melibatkan tujuh wilayah di Lembah Klang pada Oktober 2021.

c. Selain BOMBA, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga pernah menyampaikan peringatan serupa melalui laman sesawang rasminya pada Julai 2022 dan Mei 2023.

Jadi macam biasa, kalau ada sebarang maklumat yang diragukan, JOMCHECK segera di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!

Ikuti JomCheck Malaysia dalam talian:

Laman sesawang : jomcheck.org
Emel : check@jomcheck.org
FACEBOOK : https://www.facebook.com/jomcheck
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/jomcheck/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@jomcheckmy
X (Dahulu Twitter) : https://twitter.com/jomcheck

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...