AMBM @ MY LNAUTAMA

Yang Di-Pertua Negeri bertemu wakil ketua agama UNIFOR

221

KUCHING, 27 Januari 2024 – Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir untuk makan malam bersama-sama dengan wakil-wakil ketua agama yang juga anggota Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), malam ini.

Dalam majlis makan malam yang diadakan secara sederhana di salah sebuah hotel di sini, Tun Dr. Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR.

Antara yang hadir termasuk Pengarah UNIFOR Jack Aman, Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Archbishop Simon Bishop, Canon Bradley Sangan (Anglican Diocese of Kuching) dan Dato Dr Kalwinder Singh Khaira (Sikh).

Turut hadir ialah Chin Chia Chau (Baha’i), Prema Maniam (Hindu Sangam), Dato Sri Tay Chin Kin (Buddhist), Kapitan Tan Kok Chang (Tao), Wallace Paul Kilat (Iban Methodist Church) serta wakil dari sekolah mubaligh Anglikan dan Sarawak Chinese Annual Conference (SCAC).

Disediakan oleh: Barina Nani (BKVS)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...