AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Insentif Pakej P-Hailing RAHMAH telah dilancarkan hari ini

328
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH di Angkasapuri Kota Media dengan tawaran perkhidmatan Internet pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB sebulan. Kredit foto FB Rasmi Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2024 – Insentif Pakej P-Hailing RAHMAH telah dilancarkan hari ini di Angkasapuri Kota Media oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Pakej tersebut melibatkan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes).

Menurut Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan hari ini, insentif tersebut merupakan penghargaan kepada petugas industri p-hailing dalam usaha menyokong ekonomi digital, sekali gus memastikan perkhidmatan ini sampai kepada semua pengguna di seluruh negara.

“Pakej ini turut melibatkan kerjasama dengan 16 syarikat penyedia platform p-hailing, iaitu FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet, GoGet dan GoLog.

Pemandu dan penunggang p-hailing akan menikmati perkhidmatan Internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB. Setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform masing-masing.” kata kenyataan tersebut.

Semalam, Fahmi memuatkan satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau di mana beliau berkongsi perbualannya dengan seorang rider. Rider tersebut telah berkongsi kesusahannya di dalam membuat bayaran bil kepada syarikat perkhidmatan telekomunikasi.

Justeru, pejabat Fahmi telah memulakan siri perbincangan dengan semua syarikat perkhidmatan telekomunikasi untuk mencadangkan pakej Internet khas, khusus buat riders sahaja.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...