AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Isu penipuan Umrah : KPDN buka 88 kertas siasatan

268

TENOM, 7 Januari 2024 – Berhubung isu penipuan umrah, Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah bertindak segera membuka 88 kertas siasatan.

Kata Armizan, sebahagian siasatan telah lengkap dan setakat ini sebuat syarikat yang berpengkalan di Putrajaya telah menerima notis untuk pendakwaan yang akan berlangsung pada hari Selasa depan, 9 Januari 2024. Pendakwaan akan dibuat di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Dalam isu penipuan umrah ini, bidang kuasa KPDN adalah terkait kepada aspek kepenggunaan, sementara aspek perlesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah dibawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain.

Pada masa yang sama, mengambil kira isu dan kes melibatkan penipuan umrah semakin banyak, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) KPDN untuk mengadakan perbincangan segera melalui sebuah jawatankuasa yang melibatkan agensi berkaitan seperti MOTAC (berkaitan perlesenan), PDRM (berkaitan unsur-unsur jenayah), JAWHAR JPM dan Pejabat Peguam Negara.

Usaha ini penting untuk penyelarasan dan mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan untuk memastikan perlindungan yang lebih holistik kepada para pengguna dalam pengurusan umrah dan haji. Ini termasuk mengkaji keperluan untuk menambahbaik kerangka perundangan sedia ada untuk pertimbangan Jemaah Menteri.” kata Armizan.

Dalam pada itu, Armizan telah mengadakan tinjauan pelaksanaan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming (PoS to PoS) di sekitar daerah Tenom, Sabah.

Program tersebut melibatkan pemberian subsidi kerajaan melalui pelantikan syarikatsyarikat transporter yang memberikan perkhidmatan mengangkut barang-barang perlu dan kawalan yang terpilih daripada pusat/sumber bekalan (point of source) kepada pusat penjualan (point of sale) di kawasan pedalaman dan pulau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...