AMBanjir @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

Peruntukan bernilai RM10.6 juta bagi kerja pembaikan akibat banjir di Kelantan

264

KELANTAN, 6 Januari 2024 – Menteri Kerja Raya (KKR) Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat bencana banjir.

Kata Alexander menerusi satu hantaran di Halaman Facebook rasmi beliau, hasil penilaian kerosakan di seluruh negara, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan lebih RM50 juta diperlukan bagi membaik pulih jalan runtuh dan rosak di beberapa negeri terjejas banjir.

“Dalam tinjaun kerja hari pertama di Kelantan hari ini, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan untuk pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat banjir yang berlaku pada kali ini.

Negeri Kelantan merekodkan nilai kerosakan tertinggi akibat banjir.” kata Alexander.

Tambahnya, KKR bersama pasukan JKR sedang berusaha keras bagi memastikan semua jalan yang rosak dapat diperbaiki sebelum musim perayaan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Alexander turut meninjau kemajuan kerja pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau Jambatan Bailey di Jalan Dabong – Jeli, Jajahan Jeli, Kelantan. Tinjauan turut dilaksanakan di beberapa lokasi Laluan Persekutuan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir dan kerap menerima aduan dari pengguna jalan raya.

Kerja pemasangan Jambatan Bailey telah mula diatur gerak pada 3 Januari 2024 bagi memindahkan stok Jambatan
Bailey model Acrow XS700 jenis single lane-extra wide dengan kelebaran 4.2 meter sepanjang 100 kaki milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ke lokasi berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak JKR Malaysia dalam proses menyediakan reka bentuk pembetung dengan anggaran kos berjumlah RM700 ribu bagi melaksanakan kerja pembaikan kekal di lokasi tersebut,

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...