AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Menteri MOTAC nafi hidang arak dan khinzir di pejabat

361
Krefit foto FB rasmi Menteri MOTAC

Susulan dari mesej Whatsapp tular yang mendakwa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing hidang minuman keras dan makan daging khinzir di pejabatnya dan pekerja beragama Islam terpaksa membersihkannya, Ahli PArlimen Bintulu itu tampil hari ini menafikan perkara tersebut.

Menurut Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau sebenarnya tidak ada masa untuk melayan fitnah tersebut. Namun, disebabkan ia tular, maka beliau perlu menjawabnya supaya orang ramai tidak terpedaya.

Kata Tiong, kandungan mesej tersebut bukan sahaja palsu, tetapi juga menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang secara jelas bertujuan mencetuskan kebencian. Malah, ia turut mencemarkan imej pentadbiran negara.

Mengulas lanjut, Tiong berkata beliau pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari.

“Saya juga pernah ditertawakan kerana makan makanan yang hampir sama setiap hari. Sama ada makanan yang dibawa sendiri atau makanan yang dijamu ketika menyambut tetamu, nasi lemak, nasi briyani, atau KFC sahaja. Hanya apabila kami menerima tetamu asing seperti dari China, kami akan memesan makanan dari restoran Cina di hotel sekitar Putrajaya. Restoran Cina di hotel manakah yang menyajikan hidangan daging khinzir? Jika pengadu tahu hotel mana, sila bagitau dan syorkan kepada kami.” kata Tiong.

Menyentuh tuduhan di mana kakitangan beragama Islam diarahkan mencuci pingan-pingan yang digunakan, Tiong menjelaskan pejabat beliau tidak mempunyai tukang cuci (cleaner). Katanya, pada kebiasaannya, pinggan mangkuk akan dicuci oleh mereka yang menggunakannya.

“Pinggan mangkuk yang digunakan oleh tetamu juga dibersihkan oleh kami. Jadi sekali lagi saya ingin bertanya kepada penuduh, adakah dia benar-benar tahu perkara yang dituduhnya?” soal Tiong.

Bagi tuduhan menyimpan arak di pejabat pula, Tiong berkata dia menerima hadiah (arak) ketika menerima tetamu dari luar negara.

“Atas dasar menghormati, saya menerima hadiah tersebut tetapi tidak bermakna ia menjadi hak peribadi saya. Sebagai wakil penjawat awam, saya tidak menolak pemberian tersebut tetapi dalam masa yang sama adalah tidak wajar untuk saya membawa hadiah itu pulang dan menganggap ia sebagai hak mutlak sedangkan ia diberi atas kapasiti perjumpaan rasmi. Seboleh-bolehnya, kami cuba untuk menyerahkan pemberian ini kepada penerima lain seperti pegawai atau tetamu asing ketika majlis makan malam atau acara santai. Adakah semua ini salah❓” soalnya.

Tiong turut mencabar pihak yang membuat fitnah tersebut supaya segera tampil dan bersemuka dengan beliau serta membuktikan dakwaan tersebut dalam tempoh dua (2) minggu.

“Dalam masa sama, saya tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti ini tidak berlanjutan dan berulang di masa hadapan. Adalah ditegaskan bahawa kami di MOTAC sentiasa menyemai semangat perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain. Antara keutamaan saya sejak memimpin MOTAC adalah memastikan persekitaran kerja yang harmoni dan memastikan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lancar seterusnya membolehkan agenda rakyat dilaksanakan.” tegas Tiong.

Babru-baru ini tular mesej yang disebarkan oleh Whatsapp yang mendakwa Tiong melakukan perkara-perkara tersebut. Di akhir mesej tersebut, penulis mesej itu mendakwa bahawa beliau adalah ‘mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan pernah berkhidmat dengan empat Menteri Kesihatan, tiga orang daripada parti MCA dan seorang daripada parti MIC. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...